Antara dua cinta

senorita

Romance Series 69861
4.9
(683 ratings)

Synopsis

prolog.... Rania Humaira... Andaikan diberikan pilihan untuk memilih antara cinta dan sahabat dia lebih rela memilih menjadi sahabat. Kenapa? Sebabnya ternyata menaruh hati kepada lelaki yang tidak pernah ada rasa cinta terhadapnya menjadi satu beban yang besar untuknya. Rania dan Faiq terjerat sebuah pernikahan yang tidak rela sekaligus menjerat kan diri dalam hidup orang lain. Faiq Haikal... Cintakan Intan Suraya sepenuh hati sehingga tidak berpaling kepada yang lain,namun takdir juga berkata lain kerana dia dijodohkan dengan wanita lain iaitu sahabatnya sendiri... Cinta tidak hadir namun sayang tetap ada... Antara Rania dan Intan sukar untuk dia memilih... Andai melepaskan Rania bermakna dia ingkar kemahuan orang tuanya namun di sisi lain Intan juga tidak mampu dia lepaskan begitu sahaja kerana wanita itu juga telah menyerahkan jiwa dan raga untuknya. Dia bukan jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab dan setelah Rania pergi dari hidupnya Faiq mula merasai sesuatu yang hilang dalam hidupnya meskipun ada Intan di sisi dan baharulah dia sedar betapa bermakna wanita itu dalam hidupnya tetapi semuanya sudah terlambat. Rania tidak mahu lagi menjadi sebahagian hidupnya serta mula menjauhkan diri darinya. Adakah setelah kepergian Rania nanti Faiq akan bahagia bersama Intan? Doktor Fabian Iskandar .... Lelaki misteri yang hadir tanpa diundang mencari cinta miss beauty. Doktor tampan kegilaan ramai namun hati berpaut ke hati yang lain... Seorang yang sentiasa positif dan ceria dan disenangi ramai namun banyak yang tersembunyi di balik semuanya itu. Ada luka yang tersimpan dalam hidupnya . Dalam mencari cinta dia juga mencari identiti masa lalu hidupnya . Jika dia masih bujang siapa pula Nur Hannan gadis cilik pengarang jantungnya itu. Faiz Zulhilmi... Sahabat terbaik Rania Humaira dan Faiq Haikal. "setiap masalah Rania adalah masalah aku,jika Rania yang tersakiti aku juga harus ikut campur,kalau kau tak dapat bahagiakan dia biar aku yang menggantikannya" Konflik yang tidak terusai dengan mudah,ada luka dan sakit hati,ada derita yang sulit dileraikan. Andai takdir untuk hidup bahagia kenapa memilih derita. Sekali melangkah ke hadapan tidak akan lagi berpaling ke belakang,kenangan lalu biarkan menjadi sejarah. Rania Humaira memilih mengalah demi untuk kebahagian orang lain. Dia tahu suatu saat cintanya pasti akan bersambut dan bahagia juga akan menjadi miliknya namun tidak tahu siapa dan juga siapa yang akan menjadi pendamping yang setia menerima segala kekurangan mahupun apa adanya. Antara cinta dan sahabat rupanya bersahabat lebih baik kerana tidak perlu terluka dan menaruh dendam. Antara dua cinta akan meleraikan beberapa conflik kehidupan yang nyata sebuah keluarga. Antara cinta dan airmata seiring berjalan demi mencari sebuah kebahagiaan. Siapakah yang akan menjadi pendamping Rania Humaira nanti... Setialah membaca hingga akhir nya... # Antara dua cinta #orang ketiga # konflik hidup bermadu # mengalah dan pergi # cinta dan sahabat #Exlusive Author #unlock chapter # karyabysenorita


Share this novel

Rate this story


Comments

Norzalina Mehat
2023-10-02 

Fabian dalam nerd tu ada nakalnya.. amboi sayang dimulut Sentiasa ..

Norzalina Mehat
2023-10-02  1 Replies

mmg hensem si fakrul Masa muda ehhhh. tu yg dah Ada bini pun masih ada scandal lagi.. lepas tu tinggalkan husna terkontang kanting. nak salahkan farida pun dia bukan orang ketiga.. hadirnya setelah kisah fakrul Dan husna usai.

Norzalina Mehat
2023-10-02 

banyak drama betul la si Humaira ni.. harap yg sambut tu si kekasih Hati.. Fabian Iskandar

senorita

817 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience