RAID RAFAEL

Jieha

Romance Series 4351
5
(23 ratings)

Synopsis

PROLOG Arah mana harus dituju, atas atau bawah. Pintu kecemasan ditolak kasar. dia berlari mendaki tangga ke tingkat atas. Lepas satu aras, didaki lagi tangga menuju ke atas. Penat bukan kepalang. Muka sudah sememeh disirami peluh, tudung dikepala usah cakaplah entah bagaimana keadaannya. Tidak dipeduli semua itu, asalkan dia dapat menyelamatkan diri. Kaki tidak berdaya mendaki lagi, berehat...oh no..bahaya. Mata terlihat penanda aras di dinding. Aras 15, pintu kecemasan ditarik rakus. Berdiri dia disebalik pintu. Kiri atau kanan. Arah mana satu hendak dituju. Afdalnya pilih kanan. Berlari lagi, kelajuan semakin berkurangan akibat pecutan diawal waktu. Sebuah pintu kayu rona coklat gelap ternampak dimatanya. Kaki digagahi menuju ke situ. Pintu ditolak, mata meligas disekitar bilik itu, tiada seorang makhluk pun yang kelihatan, yang ada hanya beberapa buah meja, kerusi dan rak yang menempatkan pelbagai fail. Dia melangkah lagi, tubuhnya dirasakan semakin longlai akibat kerahan tenaga yang melampau. Dihujung sana sebuah lagi pintu berona coklat gelap, kaki diheret menuju ke arah itu. Harap-harap dapat bersembunyi disitu untuk sementara waktu bagi menghilangkan lelah. Semakin hampir dia dengan pintu itu semakin menipis kudratnya. Sikit saja lagi. Dikerah kudratnya yang berbaki sehingga tangan menggapai tombol pintu berona coklat gelap itu. Dipusing tombol pintu itu lalu ditolak dengan kudrat yang bersisa. Terjelepok dia disitu. Anak mata menangkap dua kelibat manusia didalam bilik itu. "Tolong..tolong saya en...." terkulai dia disitu tidak sedarkan diri.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Jieha

13 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience