Dilahirkan di sebuah lorong, lalu diletakkan di hadapan rumah seorang pelayan kelab malam... Dengan hanya berbalut sehelai tuala dan seutas rantai dikalungkan di lehernya... Humairah Hasyiqah, nama yang diletakkan di dalam surat beranak yang disertakan bersamanya... Membesar dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia tetap bersyukur diberi kesempatan menghirup udara segar milik Yang Maha Esa. Walaupun hanya mampu belajar sehingga SPM, Aira tetap bersyukur... Bukan tidak mendapat peluang menyambung pelajaran, memandangkan Aira merupakan pelajar terbaik sekolah, namun dek kerana kekangan kewangan, Aira membuat keputusan untuk bekerja... Aira tahu, makcik takkan bersetuju dengan keputusannya untuk menyambung pelajaran... Hanya kerana dilahirkan tidak sah taraf, di lorong hitam... Aira sering dicemuh... Hinaan cacian dah menjadi makanan rujinya. Di kala anak-anak gadis lain, sibuk belajar dan bercinta, Aira dipaksa mencari rezeki buat makcik dan dirinya. Kecantikkan yang dimiliki, persis ratu dunia menjadi kegilaan lelaki diluar sana... Mempunyai ketinggian yang menyerupai model antarabangsa, bertubuh ramping... Berkulit cerah, berlesung pipit... ditambah pula dengan rambut yang ikal mayang hingga menutup dadanya, menjadikannya wanita yang sempurna di pandangan manusia-manusia yang bergelar lelaki. Ada juga wanita-wanita yang menyukai kecantikannya, namun lebih ramai yang membenci kerana kelebihan yang dimiliki. Dalam erti kata lain, iri hati dengan kurniaan Yang Maha Esa... #perahan idea 100% sendiri #tiada kaitan yang hidup atau mati #hentikan PLAGIAT Start : 14th November 2021 @ Sunday Complete : 4th February 2022 @
View All Chapters (Total 50 Chapter)
Update 27 June 2023
2023-06-17 1 Replies
best jln cerita yg menarik
2022-06-05 1 Replies
Tahniah best stg baca karya awak
2022-05-17 1 Replies
Tahniah author. Kita suka smua story author. Terbaik.