SUDAH LAMA TERJATUH CINTA

Nona Adara

Romance Series 74128
4.9
(410 ratings)

Synopsis

Hidup Lily Ameena yang selama ini aman terus jadi huru hara bila duduk sebumbung dengan kakak ipar, isteri along kesayangan dia. Muncul Ziyad Liyyan dalam hidup dia semula lagi bertambah pening. Sikap Ziyad berlagak seperti abangnya walau mereka hanya bergelar jiran. Bagi Lily Ameena, Ziyad seperti jiran zone kan dia sahaja. “Eleh panggil Ameena pun terus muka macam nak makan orang. Ameena tu pun nama dia juga kan. Lagi pun biarlah Ziyad nak panggil Ameena. Pendek sikit.” - Ziyad Liyyan “Kalau nak pendek panggil jelah Lily. Semua orang boleh panggil Lily je.” - Lily Ameena Lily Ameena rasa semua orang macam nak ajak dia berperang saja bila berjumpa bertentang mata dengannya. Lagi bertambah pening bila kawan baiknya Luth Fahd buat onar. "Kau memang kawan baik aku tapi tak semestinya aku akan menyebelahi kau."- Lily Ameena "Sebab lelaki itu Ziyad ke? Sebab itu kau tak nak percaya pada aku? - Luth Fadh Tak ada istilah kena friend zone dalam hubungan persahabatan mereka tapi Lily Ameena pula dituduh bersubahat dengan Luth Fahd untuk merosakkan hubungan cinta Yara. Perempuan yang menjadi idaman di hati Luth Fahd. Macam mana nak jumpa cinta hati sendiri kalau hidup dia pun rasa kelam kabut dengan perangai orang-orang sekeliling. Atau... Sebenar Lily Ameena dah jumpa. Lagi tepat dah terjatuh cinta atau ada lelaki yang sebenarnya telah terjatuh cinta padanya....


Share this novel

Rate this story


Comments

Ainaa Roslan
2021-11-06 

Bila nak update???

Norena Siddik
2021-09-25 

cerita ni x uptade lgi ke

Anis Insyirah
2021-09-15 

maaf menganggu jemput singgah baca novel saya 'Aisha Aurora', tq

Nona Adara

175 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience