Hikayat Cinta

FnBmz_novel

Short Story Series 1012
5
(2 ratings)

Synopsis

"Aku cinta dia seperti aku cinta akan nyawa aku ni. Tapi dia.. tak pernah tengok usaha aku selama ni. Tak pernah! Even sekali pun. Yang dia nampak hanyalah kesalahan aku. Aku dah tak tahu nak buat macamana lagi, andai ini takdir.. aku redha ." Tengku Hasya Sandha, seorang gadis kampung yang tak tahu malu. Suka sangat kacau lelaki idamannya. Satu kampung tahu dengan sikap tak patut ada dalam dirinya itu. Tapi dia, macamlah kisah sangat. Telinga tu dah kebal sampai orang kampung penat duduk mengata dirinya. Hasya berusaha mencuri perhatian lelaki idamannya itu. Habis semua benda dibuatnya, tanyalah orang... apa saja yang tak dibuat oleh gadis itu? Tak ada! Sampai kerbau-kerbau sekali ditarik masuk ke dalam cerita hidup Hasya. Tapi semuanya tak lama.. lelaki itu telah menyambung pelajaran ke luar negara. Hasya makan hati berulamkan jantung. Dia dah buntu. Apa yang dia tahu hanyalah menanti. Siang terkenang-kenang, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Ah, boleh sakit jiwa macam ni. Hasya kini berubah, tak lagi seperti dulu seorang yang periang. Dia seorang pendiam kini, yang dia tahu hanyalah belajar. Ya.. belajar dan terus belajar. Boleh bilang beberapa kali sahaja dia keluar daripada bilik. Kini, orang kampung tidak lagi mengenal dirinya yang nakal. Setelah 2 tahun menanti, kepulangan lelaki itu disambut meriah oleh orang kampung. Mereka membuat majlis besar-besaran, entah kenapa orang kampungnya ini ramah sangat. Hasya.. buat pertama kali menjejak kaki ke tanah selepas 2 tahun itu. Gadis itu menghadirkan diri di majlis itu. Siapa sangka, lelaki itu berubah mendadak. Ramai gadis kampung memuja lelaki yang dinantinya itu. Hasya putus harapan. Dia tahu dia tak menang dalam perjuangan cintanya. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Nak tahu sambungan ceritanya? Meh lah baca novel Hikayat Cinta ni ^_~.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

FnBmz_novel

10 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience