LELAKI TERAGUNG

denash

Romance Series 75206
4.9
(314 ratings)

Synopsis

Dendam. Siapa sangka, gadis cantik dan kaya, Dhiandra Sofeeya, sanggup menggadaikan masa depannya dengan menikahi lelaki yang langsung tak dipandang waima sebelah mata hanya kerana dendamnya terhadap emak lelaki itu. “Aku akan pastikan, kau bukan setakat hilang suami. Tapi, anak sulung kau. Tulang belakang keluarga ni. Aku akan pastikan, Hilman akan jatuh cinta dekat aku, sampai dia tak mampu untuk kehilangan aku.. dan tinggalkan kau”. – Dhiandra Sofeeya Namun hari demi hari melayari alam perkahwinan, layanan Hilman membuatkan hati Dhia mulai goyah. Manis wajah dan tutur kata, sopan, sabar dan semestinya lelaki itu terlampau romantis. Pendek kata, Hilman terlalu baik dan sempurna sehingga dia rasa tak sampai hati mahu terus menipu lelaki itu. Suatu hari, semasa perang mulut antara Dhia dan Mak Ros berlaku, Hilman tanpa sengaja terdengar pertengkaran membuatkan jiwa lelakinya mula terluka. “Dhia. Betul ke apa yang abang dengar ni?” – Hilman Uwais “Ya! Betul! Aku memang tak pernah cintakan kau dan aku kahwin dengan kau, sebab aku nak balas dendam dengan apa yang mak kau dah buat dekat keluarga aku!” – Dhiandra Sofeeya Luluh hati Hilman. Isteri yang ditatang bagai minyak yang penuh, dicintai sepenuh hati, rupanya hanya mempergunakan dirinya untuk membalas dendam. Ya Allah, apa dosanya sehingga perasaannya dihukum sebegini rupa? Dia sungguh mencintai gadis itu, tetapi siapalah dia hendak memaksa Dhia berkongsi rasa yang sama dengannya? Kerana satu peristiwa, Dhiandra bagaikan terkena tamparan kuat sehingga perasaannya terhadap Hilman Uwais yang selama ini tersembunyi, timbul serta-merta. Namun dia sedar, kembalinya dia ke pangkuan Hilman Uwais hanya akan meninggalkan luka di hatinya sendiri. Cinta Hilman Uwais untuknya sudah mati. Dia sudah kehilangan lelaki teragungnya. “Abang, Dhia cintakan abang. Abang adalah lelaki teragung Dhia. Tolong bang, terima Dhia semula. Takkan sedikitpun tak terdetik dalam hati abang cintakan Dhia? Takkan abang boleh berubah secepat ni?” – Dhiandra Sofeeya “Saya masih Hilman yang sama. Menanti kasih yang bukan milik saya. Tapi saya sentiasa berharap yang waktu akan lupuskan perasaan saya untuk awak. Dan masa tu nanti, jangan risau, saya akan bebaskan awak”. – Hilman Uwais Kerana abang lelaki paling sempurna untuk Dhia.


Share this novel

Rate this story


Comments

hamidah shafii
2022-03-05 

crita ni dah tamat ke..x kan tergantung mcmni je..update pls!!..tq

Amiza Abdullah
2021-10-17 

lm x update.

Aidah Arshad
2021-09-25 

Denash ok ke tu? Nape x de update dah?

denash

842 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience