Cinta yang tidak pasti

Edlynn

True Story Completed 591
0
(0 ratings)

Synopsis

Lynn merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun. Dia merupakan seorang yang berketrampilan dan berakhlak mulia serta baik hati. Namun, di sebalik semua sifatnya beliau pernah mempunyai kisah silam yang pahit tentang kisah percintaan antara dia dan seorang lelaki.        Namun, kerana kisah silam yang pahit beliau mampu mengubah diri menjadi manusia yang berketrampilan,pintar dan berakhlak mulia serta baik hati.Hal ini kerana, dia ingin membuktikan bahawa dia mampu mengubati hati yang telah tersakiti.           Kisah silamnya merupakan satu percintaan antara dia dan seorang lelaki yang baik namun tidak pernah menghargai dan meninggalkan dia tanpa ucapan putus dari lelaki .Maka, Lynn mulai merasa cinta yang diberikan hanya permainan semata-mata.Bukan itu sahaja,dia merasakan dirinya bagaikan pelabuhan di mata lelaki itu.Ini kerana, lelaki itu sering hadir ketika kesunyian dan pergi ketika ada orang ketiga yang memberikan perhatian pada lelaki itu.             Akibatnya, dia tidak ingin mencintai seseorang lelaki untuk kedua kalinya agar tidak merasa kesedihan yang pernah di terima olehnya.                         Kerana itu, Lynn telah mengubah diri menjadi manusia yang bersifat mulia, baik hati dan berketrampilan serta pintar bagi membuktikan bahawa dia mampu hidup tanpa lelaki bagi menjadi pendorong kepadanya untuk memberi sokongan.                Setelah sekian lama, beliau mula bersahabat dengan lelaki-lelaki di kelasnya lalu mulalah kisahnya yang baru.              Beliau mula merasakan cinta apabila dia rapat dengan seorang lelaki yang bernama YUSUF.Dia mula jatuh cinta pada pandangan pertama ketika dia dan beberapa sahabat lelaki iaitu Syafiq,Nain dan Yusuf perlu berjumpa doktor di klinik yang berada di sekolahnya untuk pemeriksaan gigi.              Dari sini beliau mula merasakan cinta yang kembali bertumbuh di hatinya lagi.Ketika dalam perjalanan mereka bermain permainan untuk melihat diantara mereka yang manakah yang mampu bertahan untuk tidak menutup mata.                Pada mulanya, dia menyangka bahawa itu hanyalah permainan namun tanpa di sedari dari situlah timbulnya perasaan cinta antara satu sama lain.Dia tetap mengawal diri untuk menutup rasa cinta yang kembali bertumbuh di hatinya ketika berbual mesra dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf.Dia cuba untuk tidak bersifat canggung ketika itu.                   Namun hakikatnya hatinya mulai berdebar kencang dan hanya tersipu-sipu malu untuk meneruskan permainan itu lagi.               Setelah berada di klinik beliau ketakutan saat doktor ingin menarik giginya yang telah reput lalu Syafiq memberikan semangat agar tidak merasa takut. Syafiq merupakan seorang temannya yang telah di agap seperti abangnya sendiri dan sebahagian dari keluarga. Namun, tidak bagi Syafiq yang telah mencintai Lynn secara senyap dan tidak ingin melafazkan niat untuk menunjukkan rasa cintanya terhadap Lynn.       Adakah Syafiq mampu mengungkap kalimah cinta terhadap Lynn???     Yusuf juga mempunyai rasa yang sama terhadap Lynn namun beliau tidak mampu mengungkap perasaan cinta kerana takut cintanya di tolak buat kedua kalinya.Hal ini kerana, dia pernah mempunyai kisah silam yang pernah berlaku kerana mengungkap perasaan cinta pada seorang remaja perempuan yang bernama Latifatul.    Yusuf juga pernah di cintai oleh seorang teman baik Lynn yang bernama Shar.Shar mula merasakan cinta ketika melihat Yusuf bergurau senda bersama Latifatul.       Shar merupakan seorang remaja perempuan yang merupakan seorang sahabat yang pernah di hina dengan di gelar " virus" oleh setiap pelajar di sekolah. Shar bersahabat dengan Lynn kerana Lynn tidak pernah memanggil Shar dengan gelaran dan sentiasa memberi sokongan kepada Shar.       Setelah sekian lama, akhirnya Lynn telah selesai dengan pemeriksaan gigi di klinik . Dia berbual bersama seorang teman lelakinya yang bernama "Nain".               Nain merupakan seorang remaja lelaki dan seorang teman Lynn. Nain mempunyai sifat yang agak introvert. Mereka mulai bersahabat ketika bertemu di kelas tambahan. Bagi Nain dan Lynn mereka hanya sekadar sahabat dan sebahagian daripada adik-beradik. Bagi Lynn , Nain seperti abangnya manakala Nain menganggap Lynn sebagai seorang adiknya.              Akibat melihat kemesraan antara Nain dan Lynn, Yusuf dan Syafiq mulai cemburu. Oleh karena itu mereka mulai cuba menarik perhatian Lynn dan mengabaikan Nain yang sedang berbual dengan LYNN. Namun , Nain tetap berjalan bersama-sama mereka mahupun sedang menahan amarahnya yang sedang membuak-buak dengan rasa hati ingin menyampaikan ucapan yang kasar .               Setelah sampai di kelas mereka saling menarik perhatian Lynn agar dan berusaha menutup rasa cemburu mereka .  Syafiq dan Yusuf berlumba untuk menarik perhatian Lynn dengan meminta bantuan untuk mengajar mereka pelajaran yang diajar oleh guru mahupun mengetahui pelajaran tersebut mereka tetap ingin meminta Lynn untuk mengajar mereka bagi menarik perhatian Lynn .


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Edlynn

2 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience