Suraya cumalah seorang gadis biasa. Biasa dari segenap segi. Malah, dia tak rasa pun dia ada kelebihan yang boleh buat orang tertarik atau jatuh cinta dengannya. Tapi, tidak bagi abang Pian. Lelaki yang tinggal sekampung dengan Suraya dah lama taruh perasaan padanya. Sampaikan sanggup bergaduh dengan mak sendiri hanya kerana dia mahukan Suraya. Pening Suraya dibuatnya. Dan tiba-tiba, muncul pula watak abang Rizal. Kawan lelaki kakak Suraya, iaitu kak Intan yang tinggal di KL. Abang Rizal bukan setakat muncul begitu saja, tapi dia datang buat onar sekali. Suraya rasa hidupnya dah pun haru, jadi makin bertambah haru dengan masalah abang Rizal ni. "Kenapa abang masuk pinang Su?" "Sebab abang suka Su." *Alamak, siapakah lelaki yang berani masuk pinang Suraya tu? Abang Pian ke abang Rizal? ?? Su jangan macam-macam.
Update 06 December 2024
2022-04-13
terimalah pinangan rizal