Sedang sedap-sedap menikmati secawan kopi panas dan rokok, kedengaran suara Tom berbicara dengan turis (pelancong/tourist). Dari lorong itu kelihatan seorang lelaki Eropah dan seorang wanita yang aku kira pasangannya membuka pintu bilik berhadapan bilik sebelah kami. Aku yang tiba-tiba peramah pun menegur, “Hello neighbour!” dan teguran itu dibalas oleh mereka dengan senyuman dan sapaan “Hello”. Selepas itu mereka bergegas masuk ke dalam bilik dan kemudian lelaki Eropah itu keluar kembali, meninggalkan aweknya setelah meletakkan bagasi. Dia menghampiri aku yang sedang menikmati kopi dan rokok. “Hey. How are you? May I join you?” dia memulakan bicara.
View All Chapters (Total 33 Chapters)
Update 07 March 2018