Completed
38144
“Apa yang Encik Kimi cerita pada Mak Cik?” Arissa mula cemas. “Dia nikah Arissa sebab dia tak mahu kahwin dengan Wafa.” Sukar hendak percaya alasan Hakimi tempoh hari. Serasanya lelaki itu punya agenda lain. Arissa senyap. “Arissa ada tujuan lain nikah dengan Kimi ke?” Mak Cik Ruhaya mengulangi kembali soalannya tadi. “Apa maksud Mak Cik ni?” Dia kurang faham dengan soalan tujuan lain. Apa maksud wanita ini? “Betul-betul Arissa cintakan Kimi?” Wanita itu terus menyoal soalan mendesak. Lama dia memandang wajah gadis itu. Wajah itu kelihatan seperti orang keliru dan hilang punca. Terkelip-kelip mata Arissa memandang Mak Cik Ruhaya.
View All Chapters (Total 63 Chapters)
Update 06 December 2024