Completed
440173
Makin jauh Najwa melarikan diri, makin dekat takdir membawa mereka ke sisi. Kasih Najwa yang tertumpah pada Aisyah dan Aiman membuatkan dia ikhlas menerima Ashman sebagai suami. Siapa sangka rupanya kehendak Ashman tidak sama dengan tindakannya. 3 tahun bergelar isteri yang tidak dianggap dan tidak diterima sepenuhnya, Najwa mengalah. Kesakitan demi kesakitan yang diterima membuatkan dia tekad mencipta jarak antara mereka. Perlahan-lahan dia cuba menjauhkan diri dari Ashman, Aisyah dan Aiman. Menyedari dia cuma orang asing antara mereka bertiga, Najwa berdikari. Cita-cita yang selama ini tidak kesampaian cuba digapai semula demi kepuasan sendiri. Pengorbanan yang selama ini disia-siakan membuatkan Najwa tawar hati dan mahu fokus menyayangi diri. Namun Ashman kembali menagih semula kasih yang sudah tiada dan memohon hati Najwa untuk dia isi. Mampu kah Najwa memberi peluang kedua, hanya 10 minggu yang dipinta suami dari isteri yang selama ini tidak pernah dianggap dan dihargai sebaiknya?
Update 06 December 2024