Bukan Bunga Larangan

Merpati Putih

Romance Completed 21324
0
(0 ratings)

Synopsis

Pertemuan Naura Mikayla dengan Luth Anaqi di sebuah majlis perkahwinan membuatkan hidup Naura kembali ceria. Walaupun pada mulanya Naura agak tidak selesa dengan layanan Luth, tapi lama kelamaan, Naura selesa dengan cara dan sikap Luth yang tidak memaksa. Perbezaan antara Luth Anaqi dan Hakim sangat jauh bezanya. Cara hidup dua lelaki itu juga sangat berbeza. Hakim hidupnya terlalu sosial, manakala Luth Anaqi penuh dengan adab. “Naura ni kan, suka sangat pandang abang lama-lama. Ada yang tak kena ke muka abang ni?” – Luth Anaqi Setiap kali bertentang mata, debaran jantung laju mengepam. “Dia bukan bunga larangan! Single and available!” – Zara Naura bukan bunga larangan lagi setelah tali pertunangannya terputus dengan lelaki yang pernah berada seketika di dalam hatinya. “Naura, aku rasa abang Luth syok kat kau la.” – Zara Hati Naura mekar berbunga dan rama-rama mula berterbangan di dalam taman hatinya. “Kita nikah kan kejap lagi!” – Luth Kenyataan yang boleh menghentikan degupan jantung Naura. “Habis dengan Luth awak boleh pulak rapat? Padahal awak pun baru kenal dia je kan? Bergelak ketawa bagai… Tapi dengan saya awak elak. Kenapa? Malam itu masa first time jumpa, awak tak macam ni. Awak ramah sangat!” – Afiq Kehadiran Afiq yang tidak di duga dan tanpa di pinta. Siapakah Afiq? “Naura… Tolong jangan mengelak dari abang lagi. Abang harap Naura dengar dulu apa yang abang nak katakan. Abang minta masa Naura sekejap je. Lepas tu terpulang pada Naura untuk buat keputusan.” – Luth Naura di himpit resah dengan kata-kata Luth. Apa yang akan terjadi pada hubungannya dengan Luth. Sanggupkah dia berpisah dengan Luth? Bagaimanakah dengan hatinya ini? Sanggupkah dia biarkan orang yang sudah berjaya curi hatinya ini pergi? Yang belum follow Merpati Putih, bolehlah follow yer... Boleh follow Merpati Putih di Fac : Is Merpati Putih Terima kasih pembaca NovelPlus


Share this novel

Rate this story


Comments

azie_hamid
2024-06-15  1 Replies

Tahniah merpati putih memang menarik novel ni dan berakhir kisah naura dan luth hidup bahagia dengan hadirnya nuh pengikat kasih antara mereka

azie_hamid
2024-06-14  1 Replies

alhamdulillah naura telah menjadi hak milik mutlak luth sebagai kekasih halalnya

akak jasnin
2024-06-13 

meh baca novel izinkan aku jadi imam mu

Merpati Putih

342 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience