Si Bisu Pujaan Hati (TERBIT)

tienqowiy

Romance Completed 88714
5
(816 ratings)

Synopsis

[TERBITAN SEPTEMBER 2024] "Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas 'sama-sama kasih'. Tenang sikit telinga saya." – TALIYA FARIHA Baru pertama kali berjumpa, Ezrul Istafa sudah dicop sebagai sombong hanya kerana tidak membalas 'sama-sama kasih' si gadis tersebut. Tanpa si gadis tahu dia bisu. Sehinggalah suatu hari si gadis tersebut mengetahui yang si jejaka tersebut bisu, malunya dia hanya Tuhan yang tahu. "Awak, sorry eh untuk tuduhan haritu." – TALIYA FARIHA "Tiada maaf bagimu." – EZRUL ISTAFA Maka, bermulalah misi si dara untuk memikat hati si teruna. Setiap hari, ada sahaja alasannya untuk datang mendekati Ezrul Istafa. Perigi cari timba? Ya, dia sanggup menjadi si perigi tersebut asalkan si timba menyukai dia kembali. Bagi Ezrul Istafa pula, Taliya Farihalah manusia paling gila dan berani yang dia pernah jumpa. Sampai naik rimas dibuatnya kerana setiap hari si gadis itu selalu mengganggunya. Dia tidak layak untuk sesiapa. Dia bisu! Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri. "You don't know how to give up, do you?" – EZRUL ISTAFA "Perkataan putus asa tak pernah ada dalam hidup saya, Encik Ezrul. I want it, I will get it. I want you to be mine and I will work for it." – TALIYA FARIHA Berjayakah Taliya Fariha memikat hati Ezrul Istafa? Dan betul ke perkataan 'putus asa' tak pernah ada dalam hidup Taliya untuk memikat hati Ezrul? Sampai bila Ezrul harus menolak hanya disebabkan satu kekurangan yang ada pada dirinya itu?


Share this novel

Rate this story


Comments

Tiey Mimi
2024-11-11 

Tahniah author... Dah nk terbit yee..

User12233
2024-10-02  4 Replies

Maaf tanya xda update chapter ke or dah habis. Tapi cam tergantung je.. Faham sbb baru nak baca

S Syurga Abadi
2024-02-23  1 Replies

marathon bca novel ni.. best sgt. menarik jln ceritanya.happy ending. sedih ngis bca part ez mtak bpa metuanya azankn ank2 dia.. touching btl..tahniah aouthor. good luck. slmat bkarya

tienqowiy

277 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience