Bunyi derapan kaki semakin lama semakin jelas kedengaran. Setiap langkah bergema seakan menghampirinya. Alisya yang sedari tadi tekun menelaah pelajaran mulai merasa bagai ada tak kena, sesekali bulu romanya merinding. Dalam hatinya mulai bimbang. Malam itu hanya tinggal dia yang masih menginap di aras asramanya itu dek kerana dia masih mempunyai satu peperiksaan lagi. Sudahnya dia tiada pilihan lain melainkan gagah memberanikan diri untuk tinggal sendiri, manakala rakan sebiliknya telah pun pulang ke kampung petang tadi. Hujan renyai diluar kedengaran sayup-sayup menambahkan lagi suasana seram malam yang kelam itu. Dup dap Dup Dap..
Update 06 December 2024
2018-12-06
best la... sambung la lagi plz
2018-11-01
oklah...
2018-08-03
NINA