Series
0
PETAK UMPET “Kowe kudu nggoleki aku nganti ketemu…” Sebuah panggilan telefon membawa Sulestri pulang ke kampung halamannya di Yogyakarta setelah mendapat khabar bahawa ibunya sedang tenat. Namun, perjalanan pulangnya mula diselubungi keanehan apabila seorang nenek misteri muncul di lapangan terbang, diikuti mimpi tentang sawah, pendopo dan alunan gamelan. Sulestri akhirnya berjaya menemui ibunya. Tetapi sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita itu tiba-tiba menjerit sesuatu yang sukar difahami. “KOWE WIS DAPAT AKU! ORA USAH SENTUH ANAKKU! CUKUP!” Siapakah yang dimaksudkan oleh ibunya? Mengapa wajah nenek misteri itu terasa begitu dikenali? Dan apakah sebenarnya yang menanti Sulestri di kampung halaman? Kerana dalam permainan petak umpet ini… belum tentu yang bersembunyi mahu ditemui. Karya: S.N.A
Update 20 October 2026