Series
10165
Setiap orang mempunyai kisah lalu masing-masing. Sama ada ianya cerita bahagia ataupun cerita duka. Bagi Puteri Esyal Ayana, dia sudah tidak punya harapan lagi untuk hidup. Semua lelaki ditanggapnya mempunyai perangai yang sama termasuklah lelaki yang merangkul status sebagai suaminya, Muhammad Harithah. Harith yang pemalu, namun dia sentiasa mencari cara agar si isteri boleh menerima kehadirannya dengan sepenuh hati. Walaupun Ayana senantiasa bersikap kasar dan dingin terhadap dirinya, perkara itu tidak dijadikan sebagai alasan untuk dia berhenti berusaha daripada memupuk rasa cinta itu hadir diantara mereka suami isteri. Fikirnya dia yang punya kekurangan yang besar sehingga dia perlu mengetahui data kesihatan untuk setiap calon isteri yang dia akan kahwini, jadi sesiapa yang dicalonkan oleh uminya dia tidak akan menolak. Selepas dipersetujui oleh kedua-dua ibu mereka, akhirnya mereka bernikah namun sebab dan rahsia itu hanya Ayana dan ibunya sahaja yang tahu. "Ayana, apa yang mak buat ni adalah untuk Ayana... Ayana faham?" Dia tidak mahu berkahwin dengan sesiapa walaupun yang datang itu adalah imam masjid sekali pun. Luka dan traumanya masih tersisa di hati. - Bukan ku pinta cinta ini tuk hadir, tapi bukan jua ia hadir kerna keterpaksaan - Date Published : 7th August 2023 Date Ended :
Update 06 December 2024