Dia menangis. Menangis semahu-mahunya. Meratapi nasib dirinya yang entah dimana kini. Dia bingung. Hendak mencari jalan keluar, tidak berjumpa. Dia benci pada lembaga yang sibuk mengekorinya ke mana saja dia bergerak. Pantang dia bangun, lembaga misteri berupa manusia dengan telinga panjang serta berekor itu pasti mengikut langkahnya. Puas dia menjerit, memaki hamun lembaga itu, namun ia seakan tidak mengerti, malah adakalanya naik berang dengan mengaum selantang mungkin. Sudahnya, dia duduk sahaja di ceruk yang tidak bertanah juga tidak berlangit itu.
View All Chapters (Total 2 Chapter)
Update 06 December 2024