Series
5510
Dari sekolah bergengsi berpindah ke sekolah biasa. Tujuan? Lari dari pembuli yang membulinya. Tapi di sekolah baru pun dia dibuli lagi?! Salsabella Rose, satu-satunya puteri dari keluarga L.Tyson. Lahir dalam keluarga bangsawan terkenal tak menjadikan dirinya disanjung tinggi. Malahan dibenci di sekolah lamanya yang dipenuhi anak-anak orang kaya. Fikirnya kalau berpindah ke sekolah biasa, tak ada yang datang kacau kerana identitinya tak diketahui di situ. Rupanya di sekolah biasa itu dia diganggu pembuli yang lebih teruk. Aniq Mikael, pembuli yang paling menjengkelkan di dalam alam semesta ini. "Sumpah comel gila kau buat macam tu! Acer buat sekali lagi abang nak tengok." - Aniq Si Pemusnah Ketenangan Abang? Huweekkk!! "Comel pala hotak kau. Nak lagi comel meh makan penumbuk aku." - Bella Si Terpaling Serius "Saya rasa saya dah mula sukakan awak sejak pertama kali kita jumpa." - Luthfi Si Pelajar Teladan Kau ingat ni cerita tamil? Sekali eye contact terus fall in love. Tapi kalau Luthfi orangnya... Ehem! Boleh diajak bincang dulu la. Dalam tak sedar rupanya ada lagi yang menyukai Bella secara diam-diam. Sampai menimbulkan iri hati seseorang yang perasan hal itu. Cinta segi empat? Segi lima? Lantak lah! Yang penting Bella cuma nak kehidupan sekolah yang damai dan tenang.
Update 06 December 2024
2024-05-19 1 Replies
hi semua tumpang promote.. jemput baca novel sy yg bertajuk 'TAKDIR YANG TERTULIS' thank you
2024-01-23 1 Replies
lamanya menghilang
2023-12-16 2 Replies
thank sis.... teruskan update... best jln cete