Takhta Cinta

Ieyra Aqish

Romance Completed 78245
4.9
(595 ratings)

Synopsis

Gia Vatanika dan Gia Vitalika, kembar seiras tetapi mempunya perwatakan yang beza. Gia Vatanika mempunyai pelbagai watak dalam dirinya disebabkan perkara yang berlaku di dalam hidupnya manakala kembarnya, Gia Vitalika mempunyai perwatakan yang lembut tapi berisi di dalamnya. Walaupun mereka berdua kembar seiras namun Gia Vitalika membenci kakak kembarnya, Gia Vatanika di atas faktor kehidupan yang mereka alami tanpa tahu punca mereka jadi begini. Gia Vatanika hanya membiarkan adik kembarnya menyalahkan dirinya tanpa menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Danial Louis Scott Padilla, lelaki yang berkacuk Inggeris-Filipina meminati Gia Vatanika bukan kerana atas dasar cinta tapi lebih kepada ingin menjadikan Gia Vatanika sebagai perempuan simpanannya untuk melepaskan nafsunya. Semakin dia dekati Gia Vatanika, semakin jauh Gia Vatanika elakkan dirinya dari Danial Louis dan membuatkan Danial Louis tak berpuas hati. Macam-macam cara digunanya untuk dapatkan Gia Vatanika namun tetap juga tak menjadi. Luqman Adha, seorang editor di salah sebuah studio yang dikenali dengan perangai peramah dan tidak sombong dan coolnya di tempat kerjanya. Namun, perangai peramahnya hilang digantikan dengan perangai baran dan hilang sabar bila tunangnya, Dariya ditimpa kemalangan ketika Dariya ada fashion show di Filipina. Secara tak sengaja, Gia Vatanika dan Luqman Adha bertembung apabila kedua-duanya cuba mencari bukti siapa gerangan yang memadamkan kesemua bukti apabila mendapat arahan dari orang atasan. Bagi Luqman, nasib Dariya perlu dibela dan dia akan buat apa saja untuk itu. Dalam masa yang sama juga hidup Gia Vatanika dikacaunya habis-habisan namun hidup Luqman Adha turut mula kacau bilau bila dirinya diancam tiba-tiba dengan pelbagai ugutan dan disangkakan ugutan tersebut datang dari Gia Vatanika. Apakah kebenaran yang cuba disembunyikan dan adakah rahsia yang disembunyikan membongkarkan segalanya?


Share this novel

Rate this story


Comments

Miss_Nisa_Izza {^~^}
2021-12-16 

jemput baca novel saya Miss coklat itu isteri Mr Tengku hot, Benarkah aku, Bidadari hatimu?dan Kunci Rahsia.

NUR NANA
2021-11-15 

hai assalamualaikum, jemput singgah novel saya no string attached. Jangan lupa Komen dan follow sekali ya, thank you <3

katak
2021-10-12 

hi author, jemput singgah novel saya. i'm waiting for your comments

Ieyra Aqish

135 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience