“Mak cik diam aje ni kenapa?” Soalan Niel mematikan lamunanku. Aku berdehem dua tiga kali sebelum membalas. “Kalau mak cik berdehem, itu tandanya tengah control perasaan. Ha... ini mesti perasaan suka!” Niel lebih cepat menyambung. Sabar ajelah aku dengan budak ni. Geramnya. Ada sahaja idea untuk menyakatku. “Tolong pergi sekolah perasan dan ubatkan sikit sakit perasan yang dah sampai tahap Gunung Everest tu. Ni cuba cakap betul-betul kenapa telefon akak? Akak sibuk ni. Kalau tak cakap, kejap lagi akak letak telefon.” Amaran yang kuberi tidaklah tegas sangat. “Nak buat garang, tapi tak menjadi. Ni saya nak tanya, kenapa dah lama sangat tak update status Fac? Dah enam bulan kut. Berkulat dah Fac mak cik ni. Ramai ni orang tag mak cik. Replylah.”
View All Chapters (Total 44 Chapters)
Update 07 March 2018
2021-03-23
Hai tumpang promot ;p jemput baca novel saya "Mr Poyo I Love You" dan "Sisa Sebuah Cinta" tq =D
2020-09-03
best..asik nangis je..pastu yg mimpi tu ingat real..terus kan menulis
2018-09-24
best ke cite ni??