Happily Ever After

syahdu olva

Romance Series 37432
5
(73 ratings)

Synopsis

Han Hadid seorang lelaki memiliki sifat kesetiaan paling agung dalam dirinya. Kesetiaan didamparkan ekslusif buat cinta pertamanya. “Bella cinta pertama dan terakhir aku. Dalam hati aku hanya ada Bella dan kau Aulie Nada... kau hanya isteri untuk membayar nazar. Tak mungkin senang-senang hadir perasaan cinta!” -Han Hadid Bertahun Aulie Nada hidup dalam percintaan indah bak fairy tale bersama Tengku Zafreed hanya kerana gambar Han Hadid, dia terima lamaran yang datang. “Cuba? Aku sendiri pun sedang mencuba. Cuba untuk lupakan Tengku Zafreed, cuba untuk terima Han Hadid sebagai suami dan cuba serasikan keadaan yang tak pernah ada dalam perancangan hidupnya selama ini.” – Aulie Nada Ikatan perkahwinan dan tanggungjawab telah memerangkap Han Hadid di duga hebat di antara kesetiaan pada Bella atau hanyut dalam penangan daya tarikan cinta Aulie Nada. Desakan perasaan inginkan Aulie Nada dan takut mengkhianati janji setia pada Bella menyebabkan Han Hadid teruskan plan merobek-robek hati surinya agar terima hakikat bahawasanya hubungan mereka tidak pernah berjaya! “Kau lupa ke? Aku takkan sentuh kau dan aku tak ingin pun! Tolong jangan perasan!” – Han Hadid Kesakitan yang disumbang hari ini dan perit hadap sejarah semalam buat Aulie Nada terus cekal menarik perhatian sang suami walaupun berulang kali gagal. Kesedihan nampak di wajahnya telah menarik perhatian Tengku Zharith. “Senyum tak lambangkan bahagia dan sedih tak lambangkan derita. Saya cukup bahagia dengan perkahwinan saya, Tengku.” – Aulie Nada Disebabkan cinta tak diundang Tengku Zharith, menimbulkan syak wasangka dan curiga menggunung tinggi dalam hati Han Hadid. Sikap panas barannya yang selama ini tersimpan juga mulai diasah semula hari demi hari. Aulie Nada difitnah curang oleh suami sendiri mengakibatkan badannya binasa serta kerjayanya gelap buat selamanya. “Kau dengar baik-baik ya! Aku tak izinkan kau kerja mulai hari ni. Aku nak kurung kau dalam rumah ni. Itu hukuman kau! Kalau kau ingkar, talak satu jatuh ke atas engkau, Aulie Nada binti Izwan.” – Han Hadid Walaupun Aulie Nada telah memilih suaminya, curiga pada lelaki itu tak pernah hilang malah cemburu buta makin bermaharaja. Kerana langsung tiada kepercayaan dalam diri Han Hadid telah menuduh Aulie Nada mengandungkan anak Tengku Zharith. “Sekali lagi kau fitnah Aulie jalinkan hubungan sumbang dengan aku atau mana-mana lelaki, aku heret Aulie tinggalkan kau! Dan kalau aku jumpa Aulie, aku dapat tahu kau masih tak terima kandungan dia, aku sendiri akan mengaku anak kau sebagai anak aku depan daddy aku. Waktu tu Aulie bantah pun, aku akan paksa dia, hasut dia supaya dia tinggalkan kau buat selama-lamanya. Aku akan buat isteri kau bersuamikan aku dan anak kau berbapakan aku. Itu janji aku!” – Tengku Zharith Sejak itu kehidupan rumah tangga mereka aman. Kejayaan karier Han Hadid ke mercu tertinggi dalam genggaman. Lebih bahagia mereka menghitung hari menunggu kelahiran cinta mereka. Kehadiran Haziq Maliqin sebagai best friend forever Aulie Nada mengharapkan cintanya disambut setelah sekian lama tidak menjentik kepercayaan Han Hadid. “Dengan maaf I katakan pada you, apa yang you jelaskan, sekumit hama I tak marah, jauh sekali menggugat kepercayaan I pada Aulie. Walaupun cinta you dah terpahat bertahun lama dan cinta I pada Aulie baru saja berputik ni tak makan tahun lagi, tapi nampaknya cinta I lebih dihargai Aulie. Sebabnya, kalaulah cinta you berharga, definitely Aulie bersama you sekarang, in fact Tengku Zafreed juga tak dapat menyentuh cinta Aulie. Malangnya, perkara tu tak pernah berlaku. Lebih senang I katakan you bercinta bertahun lama tu hanya bertepuk sebelah tangan. Nasihat I, baik you serahkan saja cinta berharga you tu pada yang berhak.” – Han Hadid Tapi bahagia mereka tidak kekal lama, terbongkar jua siapa sebenarnya Aulie Nada dan Han Hadid. Mereka berdua, orang yang selama ini saling berdendam. Kekesalan Han Hadid telah mengkhianati cinta Bella, bertindak zalim ke atas tubuh badan Aulie Nada. Apa terjadi pada hubungan mereka? Selamatkah Aulie Nada terus bersama Han Hadid? Apakah dendam Han Hadid dan dendam Aulie Nada? “Kalau kau nak tampar aku, silakan. Tamparlah! aku dah biasa. Lebih teruk dari tampar pun aku pernah rasa. Parut di badan aku ni pun masih berbekas. Apa kau tunggu lagi. Teruskan!!!” – Aulie Nada “Sayang... abang tahu, sayang masih dendam dengan abang. Benarkan abang curahkan kasih sayang abang untuk padamkan api dendam tu. Abang nak semai cinta kita semula. Biar lebih besar, lebih banyak dari dulu. Abang amat cintakan sayang. Tak sesaat pun abang berhenti mencintai sayang walaupun pada ketika abang bertindak kejam pada sayang. Abang cintakan sayang sepenuh hati.” – Han Hadid


Share this novel

Rate this story


Comments

Eztl
2024-05-14  1 Replies

yessss!!!! aulie kena bg peluang pd han.

Eztl
2024-05-08 

eh ...sakit pulak hati mcik dgn pangai aulie ni tau

bungamekar
2024-05-05 

Donated 400 ncoins.

syahdu olva

611 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience