Sejak kematian tunangnya, Rania telah membawa dirinya ke Kuala Lumpur. Dan dia juga, telah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki sekali pun. Ibu bapa mana yang tidak risau, apabila Rania lebih banyak menghabiskan masanya dengan kerja, tanpa berfikir untuk mencari pasangan hidup. Kerana tidak mahu Rania selama-lamanya keseorangan, akhirnya bapa Rania telah mencarikan jodoh untuknya, iaitu anak teman rapatnya yang merupakan seorang chef. Iaitu Chef Rayqal. Siapa sangka, lelaki yang bakal menjadi suami Rania, adalah bekas kekasihnya, ketika mereka sama-sama bersekolah dahulu. Walaubagaimanapun, masing-masing seakan tidak dapat menerima, apabila mengetahui mereka bakal dijodohkan. Adakah Rania dan Rayqal akan menemui kebahagiaan mereka? Ataupun sebaliknya?
Update 24 June 2025
2025-06-20
akhirnya . ad smbungan.. terima kasih. semoga di permudahkan urusan author utk teruskan smpi habis novel ni.
2025-06-19
adehhh... terpaksa ulang balik dari awal nak dpt momentum cerita... hahaha... lama tggu alin bersiaran..
2024-11-18
bila nk smbung yg ni