Aku Juga Ingin Bahagia 1

Tulip Haura

Romance Series 578392
4.9
(3376 ratings)

Synopsis

AKU. Berkahwin diusia muda, bukan impianku. Apatah lagi bekahwin dengan seorang lelaki yang aku kenal dari zaman hingusanku. Tak lain tak bukan orang yang dimaksudkan itu adalah sepupuku. Lagi pula aku dengan adik kembarnya itu musuh seteruku! DIA. Si pembuli nombor satuku. Sejak dari dulu suka usik aku. Suka lihat aku marah-marah. Memang aku dah pangkah awal-awal nama dia dari senarai hati. Meninjak usia remaja, aku berani taruhkan hatiku kepada seorang lelaki yang aku suka. Walaupun hanya sekejap perkenalan kami, aku bahagian sepanjang bersamanya. Namun, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hubunganku dengan orang yang aku sayang diduga dengan peminangan yang kunjung tiba dari Nek Ngah Karimah dan Mak Teh Suraya. Dan aku menerima keputusan itu dengan berat hati kerana aku sedang melukakan hatiku sendiri dan hati orang yang aku sayang. Seiring waktu berjalan, aku belajar menerima dan memberi peluang kepada perkahwinan kami. Disaat kami berada di titik permulaan bahagia, muncul satu nama. Nama yang sudah ada di setiap persoalan di kepalaku sejak dari awal perkahwinan kami lagi tapi setiap kali itulah dia menafikannya. 'She is my best friend.' Hanya itu jawapannya. Dan aku cuba butakan mata, pekakkan telinga seperti kemahuannya tapi... sampai bila? Sabar aku juga ada hadnya. Amarahku juga tahu takatnya untuk meletup. Aku juga ada rasa ingin tahu bila setiap perkara bagaikan membodoh-bodohkan aku. Bila mata dan telinga menjadi saksi, maafkan aku. Aku rasa cukuplah sampai disini. Aku penat. Aku letih. Aku juga ingin bahagia.


Share this novel

Rate this story


Comments

Bushro Mohammad
2025-01-03 

wlpn pernah baca sblm ni tp repeat lg sbb mmg best..so nk tggu ajib 2 pulak..

ct ayu
2024-12-31 

repeat again AJIB1 ... bestt!

atie
2024-12-31 

AJIB 2 is back...yak yak yeayyyyy

Tulip Haura

1123 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience