Kesetiaan Khadeeja

PinkRose

Drama Series 35962
5
(80 ratings)

Synopsis

Kesetiaan wanita diuji ketika pasangan tidak mempunyai apa-apa. Kesetiaan lelaki pula akan diuji di saat dia memiliki segalanya. Begitulah dugaan hidup berumahtangga yang sudah sedia maklum oleh masyarakat kita. Setiap rumahtangga pasti akan diuji sejauh mana setianya mereka terhadap pasangan. Diuji dengan kedaifan tidak sekali meruntuhkan kesetiaan seorang wanita bernama Khadeeja dalam mengarungi bahtera bersama lelaki pilihan hatinya, Mirza. Meskipun hidup serba kekurangan, ia tak menjadi sebab buat wanita itu berpaling dari sisi suaminya. "Deeja tak kesah ke hidup macam ni dengan abang? Abang sendiri rasa malu pada dunia sebab tak mampu memberi kehidupan yang layak untuk keluarga." -Mirza "Jangan sesekali mengeluh, abang. Kita bukan tak mampu, tetapi rezki belum berpihak sahaja. Tak usah abang tanyakan tentang kesanggupan Deeja harungi semua ini dengan abang. Selagi abang ada di sisi Deeja, selagi itu Deeja akan setia." -Khadeeja Jelas dan nyata bahwasannya kesetiaan seorang wanita tak perlu diragui lagi. Fasa sukar dalam rumahtangga tetap tak berjaya mengubah hatinya. Tetapi, bagaimana pula jika mereka diuji dengan kesenangan? Peralihan dari sukar menjadi sedikit senang kadangkala akan menguji iman manusia. Adakah Khadeeja akan tetap setia di sisi Mirza?


Share this novel

Rate this story


Comments

ina @ sabariah
2023-04-14  1 Replies

alamak seram sejuk lak akak hehe

Rafizah
2023-04-03  2 Replies

Donated 600 nCoins

AH Clans (orang awam)
2023-04-03  3 Replies

Donated 1000 nCoins

PinkRose

3018 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience