Arin dan Emirhan berjumpa sebagai orang asing yang dipertemukan pada satu garisan takdir... Arin, hatinya pernah terluka apabila tunang yang dicintai sepenuh hati terpaksa berkorban menikahi wanita lain demi menutup aib keluarga. Kebahagian itu makin jauh dia rasai apatah lagi dalam keluarga yang berpecah-belah. Emirhan, bertahun-tahun membawa diri jauh di tempat orang. Hidup tidak berkeluarga sudah tidak asing baginya. Biar bersendiri kerana dia tak sanggup melihat orang yang dia sayang disakiti tanpa dia mampu melindungi. Tapi bila dua insan yang sudah lupa erti bahagia ini dipertemukan, mereka mencipta bahagia tersendiri walau tiada ungkapan ayat cinta. "Saya tak tahu apa perasaan saya pada awak, Arin. Yang saya tahu, saya mahu lindungi awak." - Emirhan "Han, you lelaki yang baik. Jadi jangan harap I biarkan perempuan lain pergunakan you." - Arin Bukan yang pertama di hati tak bermakna tidak boleh jadi yang teristimewa. Apa lagi bila mereka sudah jadi suami isteri tapi sampai bila mereka nak menipu perasaan sendiri lagi-lagi bila insan-insan di masa lampau mereka muncul kembali. "I nak jadi tamak. I tak nak tengok you je. I nak you, Han." - Arin "Saya milik awak, Arin." - Emirhan. Tapi mampukah mereka mengucap sebaris ayat cinta tentang hati dan perasaan atau mereka hanya dimiliki antara satu sama lain kerana mereka telah berjanji?
View All Chapters (Total 46 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-03-03
bila nak.sambung sis
2024-02-19
Donated 400 nCoins
2024-02-19 1 Replies
Donated 400 nCoins