SAD ROMANCE | CONFLICTS | SLICE OF LIFE Pertemuan seorang gadis dan seorang jejaka membuatkan hati mereka mulai bertaut. Hubungan yang pada awalnya dizahirkan sebagai kawan berubah ke hubungan yang lebih serius. Kerana suka sama suka, cinta sama cinta, akhirnya SYAFIQ AIMAN dan DAMIA QISTINA disatukan dengan ikatan pernikahan. "Lain kali kahwin dengan orang kaya barulah terjamin hidup tu. Ni tak, kahwin dengan penjual sate buat apa!" - MAK SITI. "Mak! Sudahlah tu. Penatlah hari-hari nak bertekak benda yang sama ja." - Damia. Pernikahan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh ibu dan kakak Damia yang mata duitan itu. "Jika dia bukan jodohku, aku reda Ya Allah." - NURUL NAJIHAH Pernikahan itu juga menambahkan kekecewaan Najihah, seorang ustazah yang dalam diam menaruh hati kepada abang pelajarnya yakni Syafiq. Tapi betul orang kata, awal perhubungan bersama pasangan memang manis dan wangi sahaja semua. Yang selebihnya? Selebihnya itu terbukti sehinggalah dengan adanya kehadiran Zaid Zaffran, seorang CEO merangkap bos Damia. "Saya rasa penatlah dengan perkahwinan saya tu." - Damia. "Sebab?" - ZAID ZAFFRAN. "Suami saya tu tak macam awak." - Damia. Sikap Damia yang baik dan tak pedulikan wang ringgit pada mulanya kini berubah drastik. Dia sedikit demi sedikit bagaikan menjauh dari Syafiq. Termakan dengan hasutan jahat ibunya. Ditambah lagi selepas lahirnya anak bernama Faliq, anak istimewa hasil bahtera perkahwinan bersama suaminya itu membuatkan Damia bencikan Syafiq sepenuhnya. "Aku benci budak tu! Aku benci kau, Syafiq! Aku menyesal kahwin dengan kau!" - Damia. "Mana janji yang pernah sayang buat dulu? Mana cinta yang pernah sayang bagi kat abang dulu?" - Syafiq. Kini Syafiq tersedar. Dirinya itu hanyalah tempat persinggahan wanita itu. Kebahagiaannya bersama gadis bernama Damia Qistina hanyalah SEMENTARA baginya. Apakah kesudahan kisah mereka? SESUNGGUHNYA, KIFARAH ITU ADA.
Update 06 December 2024
2022-08-28
bila nak update lg..
2022-05-13
semoga penulis sihat sentiasa
2022-04-19
tq update