Kecurangan seorang isteri di masa lalu membuat Doktor Arrash sering kali menjauhkan dirinya daripada wanita termasuklah anak perempuannya sendiri. Lantaran sakit hati dan rimas dengan tuduhan orang luar yang mengatakan Doktor Arrash seorang lelaki yang songsang membuatkan Puan Aisyah berkeras mengahwinkan Doktor Arrash dengan anak jiran mereka yang berusia 20 tahun. Namun kerana menyertai misi kemanusiaan di Gaza, Doktor Arrash pula terpaksa meninggalkan Layla di hari pertama perkahwinan mereka tanpa sempat menyapa atau mengenali wanita muda itu lebih dekat. Doktor Arrash kembali ke tanah air setelah beberapa tahun kemudian. Ketika itu, Layla pula telah berjaya mencapai kerjayanya sebagai seorang guru. Pengalaman hidup di dalam sebuah negara yang berperang membuatkan Doktor Arrash bertekad untuk lebih menghargai wanita. Bertekad untuk mengenali Layla lebih dekat sedang Layla pula sudah terbiasa benar dengan kehidupannya yang kini. Bagaimana kedua-duanya berdepan dengan suasana rumah tangga mereka yang kekok itu nanti?
Update 06 December 2024
2024-09-30
next
2024-08-03
up lagi
2024-05-27
pulak...hr tu kata free reading...hmmm