Dan sebagai jawapan kepada lamaran Helmi, aku kini menyarung cincin pertunangan kami. Hanya dalam masa lima bulan lagi kami bakal diijab kabulkan. Aku juga kembali menghuni rumah guru. Kebetulan ada guru baru yang posting di sekolah kami. Jadi, bertemanlah aku kini. Sebenarnya, itu hanya alasan sahaja. Yang pastinya, aku malu untuk terus tinggal di rumah itu sebelum kami sah sebagai suami isteri. Bukan sahaja bertemu dengannya waima bertemu dengan ayah dan ibunya pun aku mulai terasa segan. Lagipun, ini adalah juga untuk kebaikanku agar tidak menjadi buah mulut orang kampong.
View All Chapters (Total 11 Chapter)
Update 07 March 2018
2017-12-24
besttt
2017-11-17
best
2017-11-13
Bestt