Haura Salwa hanya ingin membina masa depan bersama lelaki yang dicintainya. Baginya, Fitri adalah takdir yang tertulis; pelengkap hidup yang dia dambakan. Akan tetapi, hasrat sucinya mendapat tentangan hebat daripada kedua ibu bapanya. Pak Majid dan Mak Salmah bukan sekadar menolak. Mereka juga mengusirnya, membuangnya dari keluarga. Hanya kerana ingin memperjuangkan cintanya Haura terpaksa menelan hakikat bahawa dia bukan lagi anak yang mereka banggakan. Dalam sekelip mata, rumah tempat dia dibesarkan bukan lagi miliknya. Dia berpaut pada Fitri iaitu lelaki yang berjanji akan menjaganya seumur hidup. Walau bagaimanapun, mampukah janji itu bertahan? Atau kesilapan yang mereka lakukan hari ini akan menghantui mereka selamanya? Ketika Aidilfitri menjadi saksi perpisahan, adakah ia juga mampu menjadi jalan pulang?
Update 06 April 2025
2025-04-05
Rumitnya kisah masa lalu Haura..., Lepas ni Haura balik jumpa keluarga kandung dia....mesti ayah Dan ibu Haura pun rindu dgn Haura...
2025-04-04 3 Replies
Tq update..happynya Diya dpt jumpa ayah dia...adakah Fitri betul2 dah berubah...
2025-03-19 1 Replies
Nak lagiiii..cepat2 lah updateee huhuhuhu