Layakkah Untuk Yasmin Bahagia. Yasmin Dahlia, atau lebih mesra dipanggil Min, hanyalah gadis biasa yang menjalani kehidupan sederhana bersama abahnya, seorang pemandu peribadi kepada keluarga hartawan ternama. Segalanya berubah apabila abahnya tiba-tiba meminta Min untuk menikahi Rayqal, anak tunggal majikannya yang terkenal dengan sifat dingin dan penuh misteri. Min terkejut, bingung, dan enggan. Pada Min, Rayqal terlalu sempurna untuk dirinya yang serba sederhana. Apatah lagi perkahwinan itu seperti satu paksaan demi membalas jasa keluarga majikan abahnya. Namun, di sebalik semua itu, Min tidak tahu bahawa Rayqal bukan sekadar bersetuju dia sendiri yang memulakan langkah. Bagi Rayqal, Min bukanlah gadis yang kebetulan hadir. Dia adalah satu-satunya insan yang mampu membuat jantungnya berdetak selepas sekian lama hidup dalam kelam dan kesakitan. Luka lama yang memakan diri, penyakit yang menuntut kekuatan... semuanya seakan lenyap bila Min muncul dalam hidupnya. Perkahwinan yang bermula tanpa cinta itu mula berbunga harapan. Namun, mampukah cinta tumbuh mekar apabila rahsia demi rahsia Rayqal mula terbongkar? Dan adakah Min sanggup bertahan bila dia tahu hakikat sebenar penyakit Rayqal... yang selama ini cuba disembunyikan demi kebahagiaan mereka? Dia tak cari sempurna... dia cuma perlukan Min, sebagai penenang di hujung waktu. “Min... awak mungkin tak tahu, tapi sejak kali pertama saya pandang awak, hati saya dah jatuh. Saya nak awak jadi penawar sakit saya, bukan sebab terpaksa... tapi sebab saya cinta.”
Update 28 August 2025
2025-08-28
tak habis lagi ke dengki si mak datin ni ,busuk hati jangan sampai anak menempah maut ,kan anak awak sakit jantung nanti terlalu susah hati sesak nafas langsung senyap masa tu sesal pun dah tak guna... thanks update author teruskan berkarya
2025-08-28
kesian Min.. selalu ditimpa malang
2025-08-27
akhirnya Min cuba berdamai dgn takdir semoga semua berjalan lancar. .. thanks update author teruskan berkarya