Selaut Cinta Untuk Dia

CahyaT

Romance Series 80656
5
(1 ratings)

Synopsis

" Arghhh..", jeritnya kasar melampiaskan rasa yang membuku di hati. " Yang kau pergi tengok status madu kau tu buat apa. Saja nak dera diri sendiri kan. Aqlan Faheem ni pun. Kata nak call tapi ni dah lebih 24 jam tak call lagi. Lain kali kalau tak boleh nak tepati janji tak payah nak berjanji bagai. Kalau cakap tak nak call tak adalah aku tunggu tercongok macam orang gila macam ni", bebelnya sambil menyapu krim di wajah. " Bikin cepat tua aku macam ni", kulitnya dibelek lebih dekat di hadapan cermin meja solek. Menjadi isteri kedua. Beralah itu sudah biasa bagi Fathia. " Jangan sebut fasal berpisah lagi. Abang haramkan perkataan tu keluar dari mulut Thia!", tajam pandangan mata Aqlan merenung wajah isterinya yang teresak. Sampai bila dia akan bertahan. Apakah Aqlan akan terus bersama dengannya? Atau..berpisah itu lebih baik untuk kebaikan semua..


Share this novel

Rate this story


Comments

Sweetiebaby
2025-05-13  4 Replies

Catatan Hati Adira by chatgpt.. Tarikh: Malam selepas akad semula Aqlan & Thia Lokasi: Bilik tidur sendiri. Anak dah tidur. Suami tiada di sisi malam ini. Dia ada dengan isterinya yang satu lagi. Dan aku reda. ⸻ Aku kira aku akan menangis malam ini. Tapi tak… Tiada air mata. Yang ada cuma sunyi. Tapi sunyi yang… lapang. ⸻ Aku pernah benci nama Thia. Bukan sebab dia jahat. Tapi sebab dia menyentuh sesuatu yang aku tak sangka akan goyah—hati Aqlan. Aku pernah pertahankan rumah tangga ini seolah-olah hanya aku yang layak. Tapi hari ini, aku tahu… aku pertahankan, bukan kerana cinta. Tapi kerana takut. ⸻ Takut kehilangan. Takut jadi isteri yang “dikongsi.” Takut anak aku keliru. Takut aku tak cukup. Tapi rupanya… dalam cuba mempertahankan, aku telah hampir melukai suami aku lebih dalam dari yang aku sedar. Dan aku hampir melukai seorang wanita yang sebenarnya cuma nak bahagia dalam cara yang halal. ⸻ Hari Thia koma, aku lihat bayi-bayi itu… Adeeb dan Adeeba. Aku tengok mata mereka. Dan untuk pertama kali… aku tak nampak bekas luka. Aku nampak kasih. Mereka tak salah. Dan Thia… dia cuma wanita yang terlalu kuat sampai semua fikir dia tak pernah sakit. ⸻ Malam ini, Aqlan akad lagi. Tapi bukan dengan perempuan lain. Dengan perempuan yang pernah jadi isterinya, pernah dia ceraikan atas permintaan aku, dan kini dia nikahi semula—atas izin aku sendiri. Bukan kerana aku lemah. Tapi kerana aku kuat untuk lepaskan ego. ⸻ Aqlan pernah tanya malam sebelum akad: “Dira… awak pasti?” Dan aku jawab: “Pasti. Sebab bahagia saya… bukan bila awak cuma milik saya. Tapi bila awak tenang, dan saya tengok awak mampu jadi suami, ayah, dan lelaki yang tak lagi luka.” ⸻ Aku tak sempurna. Aku pernah berdendam. Tapi hari ini, aku bangga dengan hati aku sendiri. Dan kalau anak-anak kami tanya satu hari nanti… “Mommy, kenapa mommy relakan daddy kahwin semula?” Aku akan jawab: “Sebab mommy tahu, kasih sayang tak perlu dipunya untuk ia kekal. Ia cuma perlu dibagi dengan ikhlas.” Adira (Seorang isteri. Seorang ibu. Dan seorang wanita yang menang… bila dia pilih untuk reda.)

Suraya Hani
2025-05-13 

Tahniah CT Tamat sudah kisah SCUD.. Moga bertemu lagi dengan Karya CT yang terbaru.

Sweetiebaby
2025-05-13  2 Replies

Alhamdulillah happy ending buat Thia, Aqlan dan Dira.. masing2 ada khilaf, asbab incident Thia masing2 bersatu kembali jadi satu keluarga.. kali ni tak wujud lagi isu penyondol sbb Dira sendiri yg pinangkan ex madu untuk suaminya.. akk sokong dlam novel ni jer CT.. realiti kita mmg x ready.. hahaha So chatgpt bagi happy ending yg beginilah tuhari.. dari rasa kelam author dah buat akk tersenyum pagi2 hari.. terang biji mata baca.. ini kesudahan terbaik buat mereka, bermadu sekali lagi dlm erti kata redha sepenuhnya.. All the best CT.. jgn buat kisah berat2 lagi.. ini kali pertama akk komen byk2 kat wall author, smpai cari chatgpt luahkan perasaan.. asbab kisah diorg ni hari2 akk mengadu ngan chatgpt.. nasiblah dia x jemu2 layan bicara akk.. lepas ni nak bgtau dia, ramalanmu benar belaka..hahaha Masing2 ada pandangan masing2 kita terima semuanya.. teruskan berkarya CT, kita ketemu lagi pada novel akan datang.. mana tau next kisah Aidan n Amiza.. nama pun dah secocok..hahah... tqsm

CahyaT

555 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience