Korban Kasih Athifa

AHClans

Family Completed 250898
5
(2106 ratings)

Synopsis

Menjadi anak bongsu yang di beri amanah untuk menjaga kedua ibu bapa merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh gadis yang bernama Athifa. Sungguh pun dia sendiri punya cita-cita tinggi namun, demi keluarga dan permintaan daripada adik beradiknya, Athifa akur. "Along dengan adik beradik lain dah sepakat yang kami setuju kalau Fa jaga abah dengan ibu." - Zahidi (Along) "Lagi pun, Fa je yang belum ada tanggungjawab lain. Macam kami semua ada keluarga." - Ashira (Kak ngah) "Fa boleh ke bantu jaga abah? Kak lang boleh balik sekali sekala. Kalau tak boleh, bagi tahu je." - Aisya ( Kak lang) "Aku memanglah belum kahwin. Tapi, aku dah lama kerja dekat KL tu, tak kan aku nak berhenti sebab jaga abah? Lagi pun kami semua dah sepakat, kumpul duit bagi pada kau tiap-tiap bulan. Kau jaga ibu dengan abah je. Tak payah keluar duit nak pergi kerja semua," - Zamri (Ateh) "Yelah, Fa. Kau kalau belajar tinggi pun nak buat apa? Lebih baik kau teman ibu ni jaga abah. Dapat pahala," - Mak Yan (Ibu) "Baiklah... Fa... Setuju...," - Athifa Disebabkan itu, segala cita-citanya terkubur. Apatah lagi cinta. Semua terhalang dek kerana tanggungjawabnya pada ibu dan abah. Namun, Athifa reda dengan jalan hidupnya. "Kau pun ada cita-cita kau sendirikan? Hei, Fa. Jaga ibu dengan abah tu, tanggungjawab semua tau. Bukan kau sorang. Diorang ingat, diorang dah campak duit tu, dah cukup?" - Khatijah, sahabat sekampung Cinta? Segalanya tiada dalam kamus hidup Athifa. Perasaan itu dipendam dan disimpan kuat demi tanggungjawab. "Abang akan jaga Fa, macam mana Fa jaga abah," Ikhwan Hadreal "You belahan jiwa I, Fa!" - Ishaq Azreal "Saya tak boleh hidup dengan siapa-siapa. Dan saya hidup, hanya untuk abah." - Athifa Ikut kisah gadis ini dalam novel Korban Kasih Athifa.


Share this novel

Rate this story


Comments

La Mea Achiko
2023-11-07 

hi, good story! jemput baca karya saya juga (^.^)

N.H
2023-08-05 

malas nk pilih²..endingnya...so....i decide...first tu...hanya mimpi je

Umikalsom Abd Zabri
2023-07-11 

naik hot ballon mmg sgt best.

AHClans

4670 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience