Kesayangan ENCIK MALIQUE

AHClans

Drama Series 241719
5
(9 ratings)

Synopsis

Sejak dari kecil Ayumi telah kehilangan ibu bapa. Dan dia telah dibesarkan oleh mak angkat yang bernama Mak Jah. Disebabkan itu, Ayumi selalu diminta untuk membalas jasa Mak Jah. Dek kerana bimbang Ayumi berkahwin dengan orang lain, dia telah ditunangkan dengan anak Mak Jah iaitu Fadhli. Tetapi, Fadhli sendiri tiada hati dan perasaan pada Ayumi. Begitu juga Ayumi. Tiada langsung rasa cintanya pada lelaki itu. Tetapi, disebabkan dia merasa terhutang budi dengan keluarga Mak Jah, mahu atau tidak, dia terpaksa akur dan teruskan pertunangan itu. “Saya tak sedia lagi sebenarnya nak bertunang. Tapi, mak tu mendesak,” - Fadhli. “Kenapa awak tak terus terang saja pada mak. Kita boleh tangguh,” - Ayumi. “Awak bukan tak tahu mak macam mana. Suka mendesak. Banyak lagi benda yang saya masih tak capai dalam hidup saya. Kalau kita kahwin, semua tu terkubur je,” - Fadhli. “Saya tak kisah kalau awak tak sedia nak teruskan. Cuma kena bagi tahu mak lah,”- Ayumi. “Tak boleh. Mak tak akan terima. Dia berkenan sangat dengan awak. Dia takut awak kahwin dengan orang lain,” - Fadhli. Mak sukakan aku, bukan kau? - Ayumi. Malique, majikan di tempat kerja Ayumi yang agak dingin dan ego, dalam diam menyimpan perasaan pada Ayumi. Tetapi, setelah dia tahu Ayumi telah bertunang, dia hanya memendamkan perasaannya sahaja. Tetapi, perasaan itu semakin kuat apabila mereka telah melalui pelbagai insiden ketika bersama sehingga menerbitkan perasaan yang sukar nak digambarkan antara satu sama lain. Namun, Ayumi sedar statusnya sebagai tunang orang dan dia cuba mengelak hal itu dari berlaku. Walaupun Fadhli tak pernah melayaninya dengan baik, tak bererti dia boleh curang pada lelaki itu. “You masih nak teruskan walaupun lelaki tu berkali-kali cederakan you?” - Malique. “Saya takda pilihan.” - Ayumi. “You ada pilihan. Tapi, you pilih untuk merisikokan hidup you. Sebab you dah tahu tunang you tu lelaki yang macam mana. Tapi, you tetap pilih untuk teruskan.”- Malique. “Encik Malique tak faham,”- Ayumi


Share this novel

Rate this story


Comments

Shahzan Mirza
2024-11-30 

best lah abang punya novel

Bungabiru
2024-10-11  1 Replies

Tahniah...abam malique bahagian dgn ayumi <3

annieyssa
2024-10-02  1 Replies

Donated 200 ncoins.

AHClans

4853 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience