Yam datang, kini kita berpijak di tanah yang sama tentu perasaan juga tidak berbeza. Ingin bersama sampai tua sehingga usia menutup tabirnya. - Yam Pedih hati, rindu yang tidak bertepi menjenguk ke ruang rasa seorang Siti Mariam. Perbezaan agama tidak menghalang mereka untuk memasang impian bersama. Terpisah dan bertemu semula bukan hanya sekali tapi berkali-kali. Jodoh dan takdir bagai memihak kepada mereka. Siapalah Siti Mariam dan Welson jika perpisahan selalu menghentam kuat mereka. Hanya surat menjadi peneman sepanjang hidup mereka ketika itu. Untuk menjayakan sebuah perhubungan jangan sampai terpisah kasih sayang dari ibu dan ayah. Jangan hilang arah! Saya akan tetap menyayangi Yam dari jauh, hanya itu yang termampu. - Welson Adakah benar sekiranya cinta itu tulus dia akan mencarinya semula? Adakah mungkin dia sedang berjauh hati? Sekuat mana perasaan mereka, kuat lagi takdir Tuhan. Hadirnya Hilmi memberi salam. Siti Mariam tidak mahu kalah, namun surat akhir Welson menjadi penutup. Terkadang damai yang dirasa, rindu tetap juga menjadi selumbar.
View All Chapters (Total 55 Chapter)
Update 29 May 2023
2023-03-05 1 Replies
Donated 200 nCoins
2023-02-10 1 Replies
Novel yang terbaik..(LM)baru ada masa nak baca..Dan tq so much dah donate Dan sudi baca novel cahaya yang tak seberapa (takdir yang ku pilih)
2022-12-04
Ceritanya best... smg dprmudahkan urusan deejakayla:)