~ Cik Bunga ~ Bukankah setiap insan dikurniakan pilihan? Seperti kata arif bijaksana, tiada salah mengenang, asal tidak terus terpenjara dalam bayang semalam. Langkah terkunci, jiwa terluka, kerana derita yang lahir dari ilusi silam. Mengapa harus kisah di waktu jahiliah diheret ke dalam takdir dewasa? Janji-janji polos dari bibir kanak rebung, mengapa kini dituntut seolah-olah sumpah suci? Apa pilihan yang masih tinggal? Ditelan mati budi, diluah mati rasa. Perlukah dikorbankan rasa hati demi janji yang tidak pernah dimaksudkan sepenuh jiwa? --- ~ Encik Katak ~ Adakalanya, percaturan yang tampak celaru tersimpan hikmah yang tak terjangkau akal manusia. Percayalah pada Qada' dan QadarNya, kerana bahagia dan derita, keduanya adalah ujian dan anugerah yang saling bertukar wajah. Ada yang menemui bahagia dalam luka, dan ada pula yang tersungkur dalam nikmat dunia. Segalanya terpulang pada cara kita melihat. Tuhan itu Maha Adil — tidak pernah tersilap dalam menentukan takdir.
Update 12 August 2025
2025-08-06
Sampainya hati Hyujin..Airis ni mmg sejahat2 manusia ek. Raana kena aniaya non-stop dr dia. Org mcm Hyujin & Zaiin pun senang2 being manipulated by her. Takpelah Raana, its their lost. Biar Hyujin tu merana mcm Zaiin jgk lps ni.
2025-08-03 1 Replies
Hopefully tu semua mimpi atau Hyujin sempat selamatkan Raana. Penat2 je Raana bangkit dr kekecewaan dulu, cerai, kena buang keluarga, tup2 si Inn ni dtg lg myusahkan hidup Raana.
2025-07-28
harapnya kotak yg diserahkan oleh Raana kpd ini tu bukan kunci sebenar...