Series
2585
Terbit setiap hari, pada jam 8.00 malam. Awal usia 19 tahun dia menolak lamaran seorang lelaki dan sepanjang hidupnya sehingga umur 29 tahun dia melalui dua hubungan sehingga putus tunang dan kini dia sedang menunggu hari untuk disatukan. Namun, penemuan video tidak bermoral membuatkan dia gagal lagi. + You’re so hot! + Dengan tangan menggigil, Serena membuka video itu. Dan pada saat itu juga, dunia di sekelilingnya terasa runtuh. Selepas berfikir panjang lebih baik dia tidak mengahwini lelaki yang curang. Jadi, sekarang ini dia ada dua pilihan lelaki curang atau lelaki yang tidak mencintainya lagi? Taufiq Elias abang kepada bekas kekasihnya, Shah Hakimi. Adalah suaminya yang perlu nikah gantinya. “Dulu bukan main berlagak lagi. Buat keputusan macam jadi perempuan yang bagus sangat. Dua kali tunang putus. Okey. Lepas tu dah tak berjaya kahwin sekarang ni macam mana ya? Sekarang ni nak heret saya dalam hal ni? Apa masalah awak ya?” – Taufiq Elias “Selepas setahun, saya sendiri yang akan pergi ke mahkamah syariah. Saya sendiri yang akan mengakhiri semuanya.” - Serena Taufiq, lelaki dingin yang masih hidup bersama bayang-bayang cinta lamanya, terpaksa menerima pernikahan itu atas satu ancaman. Walaupun dulu dialah lelaki pertama yang melamar gadis itu. Namun, tinggal serumah dengan luka, dendam dan rahsia bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi saat Shah masih belum rela melepaskan Serena, sementara Taufiq perlahan-lahan mula terganggu oleh air mata wanita yang kini bergelar isterinya. Dalam perkahwinan yang bermula sebagai pelarian, mampukah dua hati yang sama-sama terluka menemukan alasan untuk bertahan?
Update 06 July 2026