[FREE READING] HUD AARIZ iaitu seorang lelaki yang tampan, tegas, berstyle dan sempurna di mata para gadis sentiasa menarik perhatian mereka walau di mana sahaja dia pergi, bahkan ada yang sanggup buat apa sahaja demi lelaki itu. Hud Aariz merupakan seorang ahli peniagaan yang berjaya sehingga produk hasil ciptaannya telah menembusi pasaran luar negara dan telah dianugerahkan gelaran datuk pada usia yang muda kerana kekayaan yang dia miliki setaraf dengan jutawan di tanah air. Kebijaksaan yang dia miliki telah menarik ramai pelabur untuk melabur di syarikatnya tetapi dalam masa yang sama dia juga seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak suka bergaul. Dia juga mendapat kepercayaan pelabur dari luar negara. Kehidupannya yang sempurna dan serba mewah itu sentiasa mengundang kebencian oleh pesaing-pesaing perniagaannya sehingga ada yang mengugutnya setiap hari. Bunga mawar tanpa nama pengirim di atas meja pejabatnya pada hari itu telah mengubah segala-galanya. Bunga mawar tersebut dikirim tanpa nota mahupun kata-kata indah atau kata kutukan telah menyebabkan Hud sentiasa berwaspada dengan siapa dia berkawan dan berjumpa. Hud berusaha untuk mencari pengirim bunga mawar sehingga dia sanggup mengupah seorang penyiasat persendirian tetapi masih juga tidak dapat mencari siapa pengirim tersebut. Pertemuannya dengan Dhia Safiya sedikit sebanyak telah mengubah persepsinya terhadap pengirim bunga mawar itu dan kerana sikap Dhia yang selalu mengambil berat terhadapnya, Hud Aariz telah jatuh cinta dengan Dhia Safiya dan dijadikan sebagai suri hidupnya. Dapatkah Hud Aariz menemukan siapa pengirim bunga mawar itu? Atau mungkin juga pengirim tersebut adalah Dhia Safiya? SEKALI TERJERAT, KAU TAKKAN AKU LEPAS!
View All Chapters (Total 29 Chapter)
Update 22 October 2024
2024-10-24 1 Replies
alamak jumpa musuh plak....haihhh ni yg buat Hud nak kawin cepat2...lahai siapakah gerangan mawar merah ni ye...dah smpai tahap mental dia ni...esok2 Hud dah kawin Dhia jadi sasaran
2024-10-22 1 Replies
misteri betul pengirim bunga mawar hitam tu
2024-10-16 1 Replies
tu la KO xde belikan apa2 tuk cik tunang ..dah org lain yg bagi KO cemburu plak...haihhh Hud2..