Dia Yang Terbaik

Alin Alia

Romance Completed 544381
5
(4128 ratings)

Synopsis

Gara-gara tidak mahu jawatan CEO diberikan kepada Nayla, iaitu anak angkat keluarganya, telah membuatkan Darissa terpaksa akur dengan permintaan ibu bapanya, untuk bernikah dengan seorang lelaki yang merupakan anak kepada sahabat baik bapanya, iaitu Zayn Izrel. “Up to you, what do you want to do. I don’t care. For me, perkahwinan ini wujud, disebabkan oleh permintaan keluarga kita. Bila tiba masanya, kita akan membawa haluan masing-masing.”- Zayn Izrel “Thank you so much, kerana memahami I. I harap, you tak masuk campur dalam kehidupan I, dan I pun tak akan masuk campur dalam kehidupan you. Sepertimana yang you cakap tadi, bila tiba masanya, kita akan membawa haluan masing-masing. Lagi pun, you terlalu mencintai Natasya, bukan?- Darissa Usia perkahwinan yang belum mencecah seminggu, telah membuatkan Zayn Izrel sudah terpaut pada Darissa, walaupun pelbagai syarat sudah diberikan kepada isterinya itu. Bak kata orang, ibarat jatuh cinta pandang pertama. Pada awalnya Darissa nampak begitu ego. Tetapi lama kelamaan, Darissa menurunkan juga egonya, apabila dia merasakan Zayn Izrel pandai mencuri hatinya. Dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Adakalanya salah faham wujud di antara mereka berdua. Dapatkah Zayn Izrel membentuk Darissa menjadi isteri yang baik? Dan bagi Darissa pula, adakah Zayn Izrel seorang lelaki yang dapat membahagiakannya? Dan adakah, dia yang terbaik?


Share this novel

Rate this story


Comments

Mia Zara
2025-08-20 

Alhamdulillah.. akhirnya tamat juga cerita ni.. ending yg menarik

Sutera Merah
2025-08-19 

tamat da alhamdulillah tahniah AA tuk novel ni, teruskan berkarya ye I follow ;-)

Fatimah Mutazali
2025-08-19  1 Replies

alhamdullillah tamat sudah cerita ni happy ending thanks author kerana sudi menulis hingga penamat free reading lagi ... teruskan berkarya

Alin Alia

7620 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience