HATIKU UNTUKMU

Alin Alia

Drama Completed 750088
4.9
(7710 ratings)

Synopsis

Hidup Zill Hakim sebelum ini sentiasa bahagia di samping isteri dan anaknya. Tetapi itu hanyalah sementara sahaja, apabila dia menyaksikan kematian isteri dan anaknya di hadapan matanya sendiri. Dia hampir gila, sehingga tidak mahu meneruskan hidup lagi. Setiap malam pula dia akan menangis meratapi kematian isteri dan anaknya. Hampir satu tahun, dia menghabiskan masanya hanya di dalam bilik sahaja, bagi mengenangkan orang yang telah tiada. Bekerja sebagai orang gaji, bukanlah kehendak Balqis. Tetapi disebabkan dia telah gagal di dalam peperiksaan, akhirnya dia terpaksa menerima pekerjaan itu, di sebuah kediaman milik Datin Zahlia, atas permintaan wanita itu sendiri. “Kau siapa? Apa kau buat dalam bilik aku ni?” – Zill Hakim. “Maafkan saya penghuni gua. Eh silap, maafkan saya tuan.” – Balqis. Tetapi semenjak kehadiran Balqis di rumahnya, hidup Zill Hakim mula berubah, kerana dengan mulut wanita itu yang sentiasa selalu loyar buruk membuatkan hatinya terpaut pada gadis itu. Sehinggalah pada satu peristiwa yang menyebabkan Zill Hakim mula membenci Balqis, di saat majlis pernikahan mereka semakin hampir. “Jadi, bapak kau la yang bunuh isteri dan anak aku?” - Zill Hakim. “Saya tak tahu langsung semua ni. Tolong jangan hukum saya macam ni.” - Balqis. Dapatkah hubungan mereka bertahan, di saat mereka mula menyulam cinta? ** MATURE CONTENTS INCLUDED** NOVEL INI TELAH DIBUKUKAN. BOLEH DAPATKAN DI APPS, NOVELPLUS, SHOPEE DAN JUGA LAZADA, JIKA MINAT MEMBACA DALAM BENTUK FIZIKAL.


Share this novel

Rate this story


Comments

deejakayla
2022-12-04 

Tajuk: Sukalah Saya, Tolong! Nak tak baca kisah cinta Hariz Afifi dan Nurul Najemie? Masa lalu Hariz telah mengubah hidupnya dari seorang yang banyak bicara kepada seorang yang tidak banyak cerita. Orang bertanya, hanya sepatah dua kata sahaja yang keluar dari bibir itu. Kenapa Hariz berubah secara drastik seperti itu? Kisah silam apa yang terjadi sehingga dia menjadi seorang yang berhati batu? Munculnya seorang gadis belasan tahun telah mengembalikan dirinya yang dulu secara perlahan. "Hariz tak patut rasa bahagia. Hariz tak patut biarkan Mia merana disebabkan perbuatan terkutuk Hariz dulu." -Mia "Hariz bersalah Mia." -Hariz Najemie seorang gadis yang ceria. Kehilangan orang tua disebabkan dirinya membuatkan dia merasa dia anak tidak berguna. Terlalu banyak derita dahulu membawa dia kepada tidak mahu menanggung lagi rasa sakit. Dia perlu kuat. Sikapnya yang banyak bicara telah menambat hati si bakal ibu mertua. Dengan gurauan nakalnya. Ditambah pula dengan loyar buruknya membuatkan orang sekeliling tidak kering gusi bila bersamanya. "Siapa perempuan tu sebenarnya Hariz? Adakah saya penghalang kisah cinta awak dengan dia? Adakah saya watak ketiga dalam kisah cinta ini?" -Najemie "Awak selamanya watak utama untuk kisah ini. Bagi saya masa untuk perjelaskan semua ini. Saya perlu mencari jawapan sebelum cerita kita berakhir dengan happy ending" -Hariz Apa sebenarnya sudah berlaku? Apakah kisah disebalik hubungan antara Hariz dan Najemie? Apa pula kaitan Mia Afrina dengan Hariz? Adakah terkait dengan kisah lalu mereka? "Sukalah saya, tolong!" -Najemie "Saya cintakan awak, Najmi" -Hariz "Awak dah janji nak bersama saya, Hariz" -Mia *Dengan rendah diri, sudilah baca nukilan ku ini. Harap semua suka. Enjoy!

Bunga Lily
2022-11-29 

jemput singgah novel baru saya yang bertajuk Rumah Tangga Paksaan

Nurul aqmar Abdullah
2022-09-30  2 Replies

sy topup 5000 coins kenapa xdapat??

Alin Alia

7809 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience