Hold Me Tight

Alin Alia

Romance Completed 452513
5
(4826 ratings)

Synopsis

Lari di hari pernikahan? Begitulah yang terjadi kepada Raisha Naura, yang telah melarikan diri, akibat tidak mahu dinikahkan dengan seorang lelaki tua yang berpangkat Datuk. Dia yang telah salah faham dengan perkataan 'Datuk', menyangkakan itu adalah panggilan Datuk untuk lelaki tua, yang sama umur dengan arwah datuknya. Tetapi tuakah lelaki itu? Datuk Hayden Hiddelston yang sepatutnya bernikah dengan Raisha, terpaksa menanggung malu, apabila berita pernikahan tak jadinya, masuk ke dada akhbar. Dia pula merupakan pewaris tunggal Dedaun Kristal dan juga seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Apabila dimalukan seperti itu, Datuk Hayden merasakan maruahnya, sudah dipijak-pijak. Lebih-lebih lagi dengan seorang perempuan kampung. Disebabkan, Datuk Hayden telah berjanji dengan arwah nendanya iaitu Nenda Sarimah, Datuk Hayden terpaksa pula mencari Raisha, untuk meneruskan pernikahannya, walaupun nendanya sudah meninggal dunia. Tetapi ikhlaskah dia, untuk mengahwini dengan pilihan arwah nendanya itu? Dengan bantuan penyiasat persendirian, akhirnya Datuk Hayden mengetahui keberadaan Raisha, yang sudah pun berada di Korea Selatan. “Wow, amazing! Wajah you nampak happy ya? Langsung, tak ada rasa bersalah. You tahu tak, you dah malukan I? Dan nenda I juga dah meninggal dunia, disebabkan you! Sekarang ni you boleh berseronok dekat sini? - Datuk Hayden. “Nenda? Siapa nenda? Do I know her?” - Raisha. “I'm too stupid, sebab terima je cadangan arwah nenda I dulu, untuk mengahwini you, tanpa I kenali you.” - Datuk Hayden. “Saya pun tak tahu Datuk sebenarnya bakal suami saya. Lagipun saya dipaksa nikah oleh ayah dan mak tiri saya. Tapi semua ni bukan salah saya pun. Siapa suruh Datuk tak bagi gambar Datuk? Kalau saya tahu Datuk handsome macam ni, tak adalah saya larikan diri sampai ke Korea. Tak sangka pula saya, Datuk adalah pangkat ya? Ingatkan orang tua ganyut tak ada gigi.” - Raisha. Datuk Hayden terpaksa meneruskan pernikahannya dengan Raisha, walaupun di hatinya begitu membenci wanita itu. “I don't need you. I can do it myself. Go away. Tak payah tayang muka dekat sini.” - Datuk Hayden. “Hello, siapa pula tayang muka? Siapa yang nak tolong tampalkan plaster tu? Dah besarkan? Buatlah sendiri. Saya pun tak hairanlah, kalau Datuk nak tertonggeng ke apa tadi. Sepatutnya saya biar je, Datuk terkangkang dalam lubang tu. Sekarang ni bayar duit saya. Saya dah beli plaster dengan iodin ni. Sini mari wang.” - Raisha. Apakah yang bakal terjadi seterusnya, antara Datuk Hayden dan Raisha? Dan adakah kebencian Datuk Hayden terhadap Raisha akan kekal selama-lamanya? Dan bagaimana pula untuk Raisha menambat hati Datuk Hayden, supaya lelaki itu tidak membencinya lagi? #Klisenovel #Unlockchapter #WARNING! Mature contents include!


Share this novel

Rate this story


Comments

La Mea Achiko
2023-11-09 

hi boleh baca karya saya jugak ❤️

Mariam Zaara
2023-08-31 

marathon lg.

Bunga Lily
2022-11-29 

jemput singgah novel baru saya yang bertajuk Rumah Tangga Paksaan

Alin Alia

7262 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience