GEMA CINTA SEMALAM

Ayana Zehra

Romance Series 22205
5
(32 ratings)

Synopsis

Jatuh cinta pada pandangan pertama selalunya akan berbekas di hati setiap orang yang pernah merasainya. Begitu juga dengan Alvie Lee dan Alia Athifa. Alvie mula jatuh cinta pandang pertama terhadap Alia yang merupakan pekerja baru di syarikat mereka. Dia berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati Alia walaupun gadis itu selalu menjauhinya. Hari demi hari, Alia mula jatuh cinta dengan kesungguhan Alvie. Percintaan antara Alvie dan Alia yang menjadi rahsia selama ini telah diketahui oleh Datin Merlinda. Datin Merlinda berusaha keras untuk memutuskan hubungan mereka kerana perbezaan agama dan budaya. Dia juga sanggup membayar kepada Alia supaya meninggalkan anaknya, Alvie. "Dalam ni ada RM50,000.00 sebagai ganti rugi masa you bersama Alvie." -Datin Merlinda "Datin ambil jer duit datin ni, saya bukan perempuan murahan yang datin boleh beli dengan duit datin. Saya mintak maaf kerana terpaksa kurang ajar dengan datin." -Alia Sikap Datin Merlinda yang pentingkan diri sendiri membuatkan Alia berjauhan hati. Dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan Alvie kerana ingin menjaga hati dan perasaan seorang wanita yang bergelar ibu, malah dia juga tidak mahu maknya turut kecewa terhadapnya. Malang tidak berbau apabila Alvie telah mengalami kemalangan yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan mengalami patah kaki. Sebaik sahaja dia sedar, Alia telah pergi jauh daripadanya. Akibat daripada itu, Alvie menghadapi depresi kerana perpisahan tersebut dan hari demi hari kesihatannya semakin terjejas tetapi nama Alia sentiasa meniti di bibirnya. Adakah Alvie dan Alia dapat bersama lagi? Benarkah cinta berlainan agama hanya lah mitos belaka? Jika benar, mungkinkah hubungan mereka akan kekal atau hanya tinggal sebagai kenangan sahaja? Gema Cinta Semalam akan menjadi medan perjuangan cinta antara Alvie Lee dan Alia Athifa.


Share this novel

Rate this story


Comments

Nur Cahaya
2023-08-22  1 Replies

Menarik jalan cerita nie, saya pun berkahwin dgn suami seorang mualaf, 32 tahun usia perkahwinan saya, keluarga saya terutama emak saya, tidak menerima suami dan anak2 saya hingga kini. Saya redha, itu jodoh saya, Solat Sunat Istikharah saya buat sblum itu, Allah tunjukkan siapa jodoh saya, saya terima dgn redha, Ayah terima dan walikan saya, cuma mak menentang habis - habisan. Alhamdulillah saya bahagia semua anak2 saya berjaya dlm pelajaran, apa pn pengalaman masing2. Moga cerita ini berakhir dgn bahagia dua2 nya. Dugaan besar tu, biasa dlm alam perkahwinan campur, mendiang mertua saya, amat2 menyanyangi saya sbb saya menantu perempuan tunggal dan melahirkannya cucu lelaki pertama dari keturunan bapa mertua. Tahniah Author.

BungaOrkid97
2023-08-20  1 Replies

Tahniah Kak Ayana. ?? Alhamdulillah. Ceritanya best

ErraElla
2023-06-03  1 Replies

Tahniah dah keluar semula novel ni yana :)

Ayana Zehra

749 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience