Izinkan Aku Mencintaimu

Miss Jebat

Romance Series 249116
5
(900 ratings)

Synopsis

Hana Qaisara,pelajar Prauniversiti yang naif dan ceria.Airil Safuan seorang guru Kesusasteraan Melayu berumur 35 tahun yang tegas.Mereka terpaksa berkahwin kerana satu kejadian yang tidak disengajakan.Sebagai guru dan pelajar,mereka bersetuju merahsiakan perkahwinan mereka sehingga Hana Qaisara tamat pengajiannya di tingkatan 6.Di rumah mereka suami isteri.Di sekolah mereka guru dan pelajar.Namun bagi Airil,Hana tetap pelajarnya bukan isteri kerana Hana 16 tahun lebih muda untuk bergelar isterinya.Berlainan pula dengan Hana.Hana reda menerima takdir dan jodohnya bersama Airil walaupun dia sudah punya kekasih hati.Akhirnya,dia benar-benar terjatuh cinta kepada Airil tetapi Airil tetap menyepi. Adakah Hana berjaya memiliki hati Airil?Adakah cinta akan berputik antara mereka atau sebaliknya?Ikuti kisah Hana Qaisara dan Airil Safuan dalam Izinkan Aku Mencintaimu. "Awak terlalu muda untuk bergelar seorang isteri,Hana.Saya tak nak rosakkan masa depan dan cita-cita awak jika awak terikat dengan saya.Perjalanan hidup awak masih jauh."-Airil Safuan. "Setelah terlafaznya akad,saya memujuk hati saya untuk terima awak sebagai suami saya.Saya lepaskan cinta saya pergi kerana saya tahu berdosanya saya menyimpan perasaan kepada lelaki selain suami sendiri."-Hana Qaisara. "Apapun status awak,di hati saya hanya ada awak seorang.Saya tetap akan tunggu awak sehingga dia melepaskan awak."-Nik Arshad. "Awak ada satu aura yang mampu memikat hati lelaki yang dekat dengan awak.Saya tak pasti apa tapi aura awak menarik saya untuk mengenali awak dengan lebih mendalam."-Irwan "Hana tak boleh jadi milik sesiapa."-Hanif (p/s : 18 tahun ke atas saja)


Share this novel

Rate this story


Comments

Lady Z
2025-08-14 

Terasa diri tua sebab sis paham apa maksud Airil... Hana belum matang lagi harap lama2 dia faham batas seorang isteri.

Sweetiebaby
2025-08-13 

Hana mentah lagi masih x nmpk lagi buruk baik tindakannya.. Airil jalankan tggjwb sbg suami.. kalau diorg tau Hana dah kahwin tapi sibuk berdua2an dgn lelaki lain, x mungkin diorg akan komen manis2.. senang citer cuba Airil buat situasi yg sama mcm yg Hana buat, ok ke idok Pn Hana oiii??

SAFIELA
2025-08-13 

lahai Hana2...KO tak tgk laki popuan dekat dgn si Airil..kalau KO tgk baru KO rasa cmne perasaan tu..memanglah xde pape...org luar tahu ke hubungan korang apa...tak kan...suka baca komen2 camtu..cmne hati suami tu nak tenteram doakan bini dgn lelaki lain..

Miss Jebat

848 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience