HAZIYAH, gadis kampung yang sedang menuntut di sebuah institusi pengajian awam di ibu kota Kuala Lumpur. Berkahwin dengan Tengku Adham, seorang lelaki yang mempunyai perniagaan sendiri dan telah mempunyai kekasih hati, Sasha Batrisha. Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta, tetapi lebih kepada membalas budi dan jasa apabila Haziyah pernah menyelamatkan Tengku Adham sewaktu dia hampir lemas suatu tika dahulu. Segalanya atas permintaan mama Tengku Adham sendiri iaitu Datin Ani. Tetapi, kebenaran itu tidak diketahui oleh Tengku Adham. Apa yang dia tahu, dia tidak sukakan Haziyah. Gadis kampung yang di rasakan tidak setaraf dengannya. Namun, dia tetap akur kerana sayang pada Datin Ani. Bagi Haziyah pula, Tengku Adham adalah cinta pandang pertamanya. Dia berharap agar bahagia menanti mereka berdua. Walaupun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Setiap hari Haziyah cuba untuk mengambil hati Tengku Adham. Namun, semuanya sia-sia. Segala hinaan, kejian dan perbuatan jahat Tengku Adham sepanjang perkahwinan mereka membuatkan Haziyah berjauh hati dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mengundur diri dari hidup Tengku Adham. Setelah segalanya terbongkar, Tengku Adham mula membuka hatinya dan sedikit demi sedikit cintanya berputik pada Haziyah. Saat Haziyah mahu lari dari hidup Tengku Adham, lelaki itu pula mengejar cintanya. Mampukah Haziyah membalas kembali cinta Tengku Adham setelah apa yang dia lalui sepanjang perkahwinan mereka itu. Terlalu dalam luka yang Tengku Adham berikan padanya. Ikuti kisah mereka di dalam novel HARGAI AKU.
View All Chapters (Total 76 Chapter)
Update 12 May 2023
2023-05-12
ac.. mne novel aku bukan pilihan mu.. nk taw kisah el n hana.. plszzz.. pasti ramai yg tertggu2 next chap mcm sye.. tlg laa jgn cancel.. sbg laaa story psl dorg lagi.. abaikan toxic people mcm tu..
2023-03-13 3 Replies
ari tu dh unlock... skrg dah lock balik... huaaa.... ni semua salah buku merah...
2023-03-06 1 Replies
alhamdulillah akhirnye dpt jugak baca citer ni.. dh lama tggu nk baca.. mcm biasa mmg best citer ni menusuk kalbu.. stiap watak mmg best, jln citer menarik sgt.. suka dgn watak haziyah. xmudah terpedaya dgn lelaki yg kejam.. bg dia rse erti menyesal. citer ah clans dari dulu xpnh mengecewakan. sgt² best.... ttbe rindu Hana & El..