Series
0
"Aku kahwin dengan kau sebab nak jaga reputasi keluarga aku. Bukan sebab kau layak jadi isteri aku." -Ammar Zalika terpaksa berkahwin dengan Ammar selepas insiden yang memerangkap mereka dalam tuduhan khalwat. Bukan cinta yang menyatukan mereka, tetapi maruah yang perlu diselamatkan. Bagi Ammar, perkahwinan itu hanyalah sebagai hukuman kepada Zalika atas kehilangan wanita yang dia cintai. Lima bulan hidup sebumbung, mereka hidup seperti orang asing.Tiada kasih. Tiada sentuhan. Hanya dingin dan kata-kata yang melukai. Sehinggalah pada satu ketika, Ammar mula cemburu setiap kali melihat isterinya dengan lelaki lain. Namun, ketika hatinya perlahan-lahan mulai berubah, satu salah faham memusnahkan segalanya. Tanpa memberi ruang penjelasan, Ammar melafazkan talak dan Zalika pergi tanpa menoleh lagi. Hanya selepas kehilangan, Ammar baru sedar bahawa wanita yang dia lepaskan itu sebenarnya adalah cinta yang selama ini dia nafikan. Dia berusaha mencari, tetapi pencariannya gagal. Setahun kemudian, mereka bertemu semula tanpa sengaja di bumi Oman. Namun, Zalika bukan lagi wanita sama yang pernah dia kenal dulu. Hatinya telah tertutup. Parut lama menjadi tembok yang sukar ditembusi. Masihkah ada peluang kedua buat Ammar atau cintanya memang tidak layak diperjuangkan? WARNING! BACAAN UNTUK DEWASA (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda) Copyright© 2026 NovelPlus
Update 17 March 2026