Bab 4 - Pujuk

Mature Content Series 792

“I nak keluar sekejap. I nak cari Amira.”

Serta-merta Selena terkejut. Wanita cantik berambut panjang itu dengan pantas mengikat rambutnya dan menghampiri Tengku Ean.

“Amira pergi mana?” Selena ingin tahu. Tengku Ean terdiam.

“Dia tak ada kat bilik dia, Selena. Semua baju, barang-barang dia dah tak ada. Kosong.”

Selena terdiam. “Mesti sebab I kan?”

Tengku Ean berdecit dan menggelengkan kepala. Kemudian, helaan nafas panjang keluar dari bibirnya yang nipis.

“Bukan. Bukan sebab you, tapi sebab I. I yang salah, sayang.”

Selena memandang Tengku Ean dengan penuh tanda tanya. Tengku Ean menarik nafas panjang sambil melihat Selena. Nampaknya dia memang perlu jujur menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Amira pada malam sebelumnya.

“Ada satu malam tu... Amira dengar perbualan kita kat telefon. Lepas tu I tak ada pujuk dia ke apa. Dia halau I dari bilik tu jelah.”

Selena rasa serba salah. Pasti Amira rasa terluka dan terhina.

“Maafkan I, sayang. I tak boleh dengan dia. Macam mana I nak main dengan dia macam I dengan you? I tak boleh.”

Selena hanya diam dan menundukkan kepala. Semua yang telah mereka lakukan memang salah. Sepatutnya sejak awal, Tengku Ean tidak membiarkan Amira terperangkap dalam perkahwinan poligami yang tidak dia inginkan. Selena juga salah kerana setuju menjadi isteri kedua.

“Jadi, you nak cari dia kat mana? Dah malam ni, biy. You nak pergi rumah family Amira ke?”

Tengku Ean menggeleng dengan pantas. Tidak mungkin Amira pulang ke sana. Mereka merahsiakan perkahwinan kedua Tengku Ean ini. Kalau Amira pulang ke sana, sudah tentu banyak soalan yang perlu Amira jawab. Kemudian, ibu bapa Tengku Ean juga pasti tahu lebih awal daripada dirinya.

“I rasa dia takkan ke sana. Entahlah... I pun tak tahu nak cari kat mana. Telefon dia tak boleh call. Tak masuk. Dah kena blocked kut.”

Selena terdiam lagi dan kelihatan menghela nafas panjang sambil menunduk.

“Sepatutnya I yang pergi, bukan Amira.”

Serta-merta Tengku Ean menoleh dan melihat ke arah Selena. Dia berjalan mendekat kemudian merangkul tubuh Selena masuk dalam pelukannya.

“Bukan you, sayang. Bukan you yang salah. I takkan boleh hidup tanpa you. Memang sepatutnya tak ada Amira di antara kita, mungkin dia sedar diri dan pilih untuk pergi dengan sendirinya.”

“I gerak dulu. You tidur aje, tak perlu tunggu I.” Tengku Ean bersiap untuk keluar, tetapi tangan Selena sudah menahan lengannya membuatkan Tengku Ean menghentikan langkah.

“Cari esok jelah, biy. You tunggu kat pejabat dia. I yakin Amira mesti masuk kerja. Takkanlah dia nak tinggalkan kerja dia macam tu aje.”

Tengku Ean melihat ke arah Selena yang tersenyum manja.

AWAL pagi lagi Tengku Ean sudah bersiap dan meminta Selena untuk meninggalkan rumah itu. Bahaya. Dia tidak mahu ambil apa-apa risiko.

“Nanti mama dengan papa I dah balik. I janji datang ambil you balik, okey?” ujar Tengku Ean.

Selena hanya mengangguk. Walaupun dia sedih tidak dapat menerima perlakuan Tengku Ean kali ini, tetapi sekali lagi dia sudah memutuskan untuk menjadi isteri kedua dan harus menerima semua risikonya.

“Ya, biy. Jangan lupa update I kalau ada apa-apa.”

AMIRA kelihatan sibuk mengerjakan tugasnya. Hampir beberapa hari dia tidak mendengar khabar Tengku Ean dan Selena. Dia juga tidak melihat wajah suaminya dengan isteri keduanya itu. Amira benar-benar menikmati hidup dan berasa sangat bebas. Walaupun kadang-kadang dia merindui wajah kacak suaminya.

Namun, Amira menepisnya berulang kali. Ternyata keputusannya untuk keluar dan pergi dari kehidupan suaminya memang tepat. Mungkin bulan depan, Amira akan menghantar surat permohonan cerai kepada Tengku Ean. Dengan begitu hidupnya akan semakin tenang selepas ini.

Pukul 5.00 petang, waktu balik. Namun, malangnya Amira masih ada kerja.

“You kerja lebih masa lagi hari ni, Amira?” tanya Julia.

“Ya, you baliklah dulu. Sekejap lagi siaplah ni.” Julia mengangguk kemudian meminta diri untuk pergi lebih awal.

Amira meneruskan kerjanya, baru pukul 6.15 petang dia keluar pejabat. Amira berjalan riang sambil menyanyi kecil menuju ke tempat letak kenderaan. Dia tidak merasa kehadiran seseorang yang menunggunya di dalam kereta sejak tadi. Sebaik sahaja melihat Amira keluar pejabat, orang itu, yang tidak lain adalah Tengku Ean, terus keluar dari kereta dan berjalan mengejar Amira.

“Amira!!!”

Amira menghentikan langkahnya, dia mengangkat kepala dan terus terkejut. Dia melihat sosok tampan memakai kemeja dengan tangan yang disingsing ke siku dan tali leher yang dilonggarkan sedang berdiri menatapnya. Matanya yang laksana mata helang sedang melihat ke arahnya dengan tajam. Amira terdiam, terpaku menatap sosok dengan gambaran indah yang selalu mengkhayalkan itu berjalan mendekat.

Tanpa disangka dada Amira berdebar kencang apabila sosok itu sudah berdiri sebaris di hadapannya. Ternyata lelaki ini memang selalu membuat perasaannya tidak keruan. Amira kaku di tempatnya dan mendongakkan kepala menatap lelaki di hadapannya.

Sebuah lekukan indah terukir sempurna dari bibir nipisnya yang mempesona membuat Amira serta-merta terpana melihatnya. Lalu perlahan dari bibir nipis itu terucap sebuah ayat yang memukau.

“Jom, kita balik!” Lembut suara Tengku Ean.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience