BJM - BAB 2 - HAMBA

Romance Series 28237

"Sa...yang... What are you doing?" Soal Megat Quzairi bila melihat Adra tertonggeng-tonggeng mengemas dapur villa keluarganya.

"Err, sa...ya... Saya nak kemas dapur, tuan..."

"Ini bukan tugas sayang. Letak semua. Mana pembantu rumah?"

"Sa...ya pembantu rumah nikan?"

"Stop it, Tasha! You're my wife and abang tak izinkan sayang buat kerja-kerja ni lagi."

"Ta...pi... Nanti, saya akan dimarahi bonda dan kak engku..."

"Stop! Please... Abang rayu... Jangan jadi bodoh! Rumah ni dah ada ramai pembantu rumah. Sayang isteri abang dan tugas sayang hanya melayan abang."

"Tapi, ini memang tugas saya sejak dari hari pertama saya jejakkan kaki ke villa inikan, tuan?" Ada getaran pada suara Adra. Adra mencari anak mata Quzairi yang enggan memandang matanya.

"Ini yang tuan janjikan pada saya sebaik saya bergelar isteri kepada Tuan Megat Quzairi Qaleef dari saat saya sah menjadi isteri tuan. Jadi, izinkan saya lakukan tugas saya, tuan. Saya tak larat nak berhadapan dengan kata-kata cacian dan pukulan dari Kak Engku dan bonda lagi."

"Jangan degil Adra Antasha!" Terhinjut tubuh Adra disergah Quzairi. Lengan Adra dilelar kasar.

"Lepaskan saya, tuan megat!" Adra merentap kuat tangannya dari genggaman Megat Quzairi.

"Sayang, please..."

"Tolong saya, tuan. Jangan buat saya macam ni. Nanti bonda tuan nampak. Saya tak nak cari masalah lagi."

"Sayang, please... Abang dah janji yang abang nak berubah. Abang nak kita jadi suami isteri yang sebenarnya..." Adra merentap lengannya dari cengkaman Quzairi.

"Kenapa baru sekarang? Kenapa tuan tiba-tiba baik dengan saya? Apa muslihat tuan sebenarnya?" Adra memberanikan diri menghampiri Megat Quzairi.

"Sebaik sahaja saya menjejaki kaki ke rumah ini, tuan dah letakkan saya di kaki tuan. Tuan cakap, saya hanya layak menjadi hamba tuan. Dan sampai bila-bila saya takkan jadi isteri kepada Megat Quzairi." Rintih Adra bersama esakan kecil.

"Saya tak pernah membantah segala kata-kata tuan. Saya akur yang saya hanya hamba abdi di dalam villa ini dan saya sedar kedudukan saya sekadar isteri di atas kertas. Itu yang tuan katakan selama ini."

"Adra Antasha..." Megat Quzairi memegang kedua belah tangan Adra sambil merenung ke dalam anak mata Adra.

"Abang mohon untuk sayang bagi abang peluang untuk abang perbetulkan keadaan."

"Perbetulkan keadaan? Semudah itu? Sedangkan selama ni, tuan tak pernah sekalipun menyebelahi saya saat saya dihentam, dihina, dicaci, malah dipukul oleh bonda dan kakak tuan. Sebaliknya, tuan turut memukul saya tanpa belas kasihan. Perbetulkan apa yang tuan maksudkan?" Air mata Adra mengalir lesu di wajah pucatnya.

"Abang..."

"Tolong lepaskan saya, tuan megat!" Sekali lagi Adra bertindak merentap tangannya.

"Saya rayu pada tuan. Tuan buat saya tak ubah seperti binatang. Tuan maki, tuan pukul, sepak, terajang saya bila tuan marahkan sesuatu atau seseorang. Sikit pun tuan tak pernah pedulikan saya yang bergelar isteri kepada Megat Quzairi. Dan tuan tahukan, saya tak pernah membantah apa sahaja yang tuan katakan atau tuan lakukan pada saya sepanjang hampir setahun usia perkahwinan kita. Tuan tahukan?" Tiada sahutan dari Megat Quzairi.

"Dan saya tak pernah menerima layanan sebagai seorang isteri pun selama ini. Tapi, saya tak kisah. Saya tak peduli nafkah zahir atau nafkah batin sekalipun. Bagi saya, saya bukan sesiapa pada tuan. Jadi, saya mohon, jangan seksa jiwa raga saya lagi, tuan. Cukuplah selama ini saya dah banyak menanggung segala kesakitan ini. Maafkan saya..." Adra berura-ura mahu melangkah keluar dari kamar Megat Quzairi.

"Tasha..." Lengan Adra dilelar perlahan sebelum tubuh Adra ditarik masuk dalam pelukan Megat Quzairi.

"Argh! Tuan, lepaskan saya. Saya..."

"Shu... Abang nak peluk sayang sekejap."

"Tuan..."

"Shu... Just for a while." Adra melepaskan keluhan bila Megat Quzairi enggan melepaskan pelukan.

"Tuan..."

"Abang merayu pada Tasha... Izinkan abang betulkan segalanya..."

"Tapi, kita tetap akan berpisahkan? Tuan dah janji..."

"Hurm... Jika itu yang sayang mahukan, abang akan turutkan..." Perlahan anggukan kepala Megat Quzairi.

"Sementara masih ada waktu, benarkan abang layan sayang selayaknya seorang isteri..." Ujar megat sambil merenung ke dalam anak mata Adra.

"Ma...af... Saya perlukan masa..." Adra memalingkan wajahnya. Sejujurnya, Adra takut dan risau jika Megat Quzairi sekadar mahu mempermainkan dirinya. Selama ini, megat tidak pernah berbuat baik pada pada Adra walaupun Adra ini isteri yang diakad.

"Abang dah janji yang abang akan bagi sayang ruang dan masa untuk sayang sesuaikan dengan keadaan. Abang nak sayang tumpukan perhatian sayang pada abang dan abang janji, abang akan layan sayang seperti seorang isteri bukan hamba abdi." Janji megat.

"Cuma, sekarang ni... Abang nak sayang letakkan kepercayaan sayang pada abang. Percayakan abang, suami sayang."

"Saya cuba..." Megat kulum senyum.

"Itu dah cukup memadai buat abang." Rambut panjang Adra dielus.

"Abang sayangkan sayang. Tolong, bagi abang peluang untuk abang ukir kenangan antara kita. Abang janji, abang akan sematkan kenangan manis buat kita berdua." Janji megat. Terangguk-angguk kepala Adra mendengar kata-kata megat. Tergamam Adra bila sisi kepalanya dikucup megat.

"Sayang sambung kemas bilik ni, ya. Ops! Bukan kemas, tapi berehat di dalam rehat ni... Abang nak sambung tugas abang. Abang akan kembali petang nanti." Adra anggukkan kepala lagi.

"Jaga diri. Abang pergi dulu." Sekali lagi Adra anggukkan kepala bersama kerutan di dahi. Megat melangkah keluar meninggalkan Adra yang masih terpinga-pinga.

'Kenapa dengan dia? Betul ke apa yang dia katakan ini?' Gumam Adra.

'Aku takut kalau meletakkan kepercayaan aku pada dia, aku akan tersakiti lagi.'

'Tapi, dia macam nampak ikhlas... Argh! Aku tak tahu...' Gumam Adra sambil memegang kepalanya.

"Anakanda ke mana? Malam baru balik?" Soal bonda megat, Che Puan Kasmiah Kamsah dengan kaki bersilang dan tangan dilipat ke dada.

"Bonda... Anakanda melepak dengan kawan-kawan lepas meeting tadi..."

"Melepak?"

"Ya, bonda. Kami melepak sekejap sambil minum kopi..."

"Hurm... Sejak bila pandai melepak? Siapa izinkan anakanda melepak?"

"Rasanya anakanda tak perlukan keizinan sesiapa pun untuk melepakkan, bonda? Anakanda dah dewasa. Dah besar..."

"Dah besar?" Bonda mendekati megat sambil melipat tangan ke dada.

"Huh! Dah pandai melawan... Belajar dengan siapa?"

"Dengan bonda dan ayahanda..."

"Jangan kurang ajar, anakanda!"

"Kenapa nak marah? Salah ke apa yang anakanda cakap?"

"Jangan lupa dengan siapa anakanda bercakap, Megat Quzairi Qaleef!"

"Good nite, bonda..." Megat melangkah pergi tanpa menghiraukan bonda yang sedang berbebel.

"Kurang ajar!" Tempelak bonda.

"Kenapa ni bonda? Marah-marah..."

"Adik kamu tulah. Berani dia kurang ajar dengan bonda!"

"Hurm, itu mesti betina tu yang ajar Quzai..."

"Huh! Nantilah kau, betina! Aku akan ajar kau cukup-cukup!" Tersengeh Putri Qaifah dapat mencucuk bonda.

'Siaplah kau tuan putri... Tak sabar nak melihat kau meringkuk dibantai bonda...' Gumam Putri Qaifah Qasmah.

Disaat Adra dipukul tanpa belas kasihan, Putri Qaifah turut sama mengambil kesempatan memukul Adra tanpa mempedulikan jeritan dan raungan Adra. Tiada alasan yang kukuh kenapa Adra dipukul. Tapi, sejak kehadiran Adra yang tidak dialu-alukan apatah tidak disenangi oleh bonda dan Putri Qaifah, menjadikan Adra tempat yang paling sesuai untuk melempiaskan kemarahan.

"Argh! Jangan, bonda! Sa...kit... Ya Allah... Sakit... To...long..." Merayu-rayu Adra meminta simpati agar tidak dipukul.

Zap! Zap!

Bunyi libasan tali cemeti melingkar ditubuh Adra berkali-kali.

"Pukul lagi, bonda! Tentu betina ni yang ajar Quzai melawan bonda..."

"De...mi Allah... Sa...ya tak buat ma...cam tu... Sa...ya berani ber...sumpah... Per...cayakan saya, bonda..." Rintih Adra. Compang-camping pakaian Adra akibat libasan. Tubuh langsing Adra dipenuhi dengan kesan libasan dan mengeluarkan darah merah.

"Huh! Aku akan pastikan kau menerima balasan yang lebih teruk dari ini kalau kau ajar yang bukan-bukan pada anak aku. Ingat! Huh!" Tali cemeti dicampak berdekatan Adra sebelum bonda dan Putri Qaifah keluar dari bilik kurungan Adra.

"Ya Allah... Apa lagi ujian yang Kau beri pada aku, Ya Allah..." Rintih Adra sambil memeluk erat tubuhnya sendiri.

"Jangan berani sesiapapun tolong betina ni! Kalau aku tahu, korang aku perlakukan sebegini. Faham?!"

"Faham, mak engku..." Pintu bilik kurungan ditutup rapat. Sebaik menerima berita tentang Adra yang dihukum tanpa usul periksa, Megat Quzairi terus meninggalkan meja mesyuarat dan bergegas pulang ke villa. Keadaan isterinya yang paling penting ketika ini. Sempat megat hubungi rakan baiknya, Doktor Irfan Iqbal untuk bertemu di villanya secara rahsia.

"Mana isteri saya?" Tiada siapa yang berani menyahut kecuali Melati yang memberi isyarat mata bahawa Adra di dalam bilik kurungan.

"Oh, shit!" Laju langkah megat ke bilik kurungan.

"Allahuakhbar... Sa...yang..." Sayu hati megat melihat keadaan Adra yang jelas sangat menyedihkan. Pakaian Adra koyak rabak yang megat percaya akibat libasan cemeti bersama darah yang berlumuran di tubuh Adra menyesakkan jiwa megat.

"Astaghfirullahalazim... Ya Allah, sayang..." Menitik air mata megat melihat keadaan isterinya. Lantas tubuh diusung menggunakan strecher dan dikeluarkan melalui jalan belakang menuju ke bilik Quzairi, yang tiada siapa yang tahu melainkan Melati, Megat Quzairi dan Megat Qaizer, ayahanda Megat Quzairi sendiri.

"Irfan, tolong aku!" Laung megat sebaik sahaja tiba di ruang kamar tidurnya.

"Ya Allah... Apa yang berlaku ni, Quzai?"

"Aku yakin, ini mesti kerja bonda dan Qaifah."

"Allahuakhbar, apa salah budak ni sampai kena tibai macam ni sekali..."

"Maafkan aku, Irfan. Aku gagal nak jaga Adra..."

"Aku tak tahu apa yang akan berlaku kalau Tengku Ameer tahu apa yang berlaku pada Adra..."

"Aku bersedia menerima segala hukuman dari Tengku Ameer dan Tengku Amra, Fan... Kesilapan besar aku bila aku gagal menyelamatkan Adra dari kekejaman bonda dan Qaifah..."

"Sudahlah. Biarkan hal tu seketika. Sekarang ni, kita rawat Adra."

"Maafkan aku..."

"Aku tak boleh rawat Adra kat sini..."

"Jadi?"

"Bawa Adra ke klinik aku."

"Tapi..."

"Keadaan Adra teruk, Quzai... Kau nak biar Adra mati ke baru nak bawa ke hospital?"

"Aku... Aku tak nak kehilangan Adra."

"Jadi, dengar cakap aku..." Megat Quzairi melepaskan keluhan.

"Kereta kau kat mana?"

"Belakang. Aku ada sebuah lagi kereta lain di belakang rumah."

"So, jom kita bawa Adra ke klinik aku sebelum terlambat."

"Aku ikut..."

"Jom..."

"Biar aku cempung wife aku..."

"Tak payah. Strecher ada..."

"Aku tak nak bonda dengar..."

"Okey, aku tahu..." Megat mencempung tubuh Adra dengan berhati-hati. Sempat ditarik sebuah beg pakaian dan beg sling kepunyaan Adra yang mengandungi segala dokumen dan diserahkan pada Doktor Irfan.

"Letak Adra kat atas katil ni..."

"Okey..." Dengan perlahan dan berhati-hati tubuh Adra diletakkan di atas katil yang berlapik kain putih. Habis kain putih itu dengan darah Adra setelah darah yang masih segar mengalir perlahan kesan dari libasan cemeti di tubuhnya.

"Hurm... Kau tunggu sini. Aku ambil barang."

"Jangan lama sangat, Ir..."

"Kau ni pun... Aku kat luar ni je..."

"Tolong bertahan, sayang..."

Another chapter... Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience