BJM - BAB 1- ADRA ANTASHA

Romance Series 28237

"Tuan, tolong jangan buat macam ni, tuan. Saya rayu sangat... Bangunlah, tuan..."

"Adra Antasha..." Adra tergamam melihat wajah Quzairi lencun dengan air mata tatkala Quzairi mendongakkan mata.

"Tu...an..."

"Abang merayu dengan Tasha... Tolong maafkan abang, sayang. Demi Allah, abang tak sekejam yang sayang sangkakan. Abang sayang Adra Antasha. Tapi..." Bicara Quzairi terhenti. Esakan semakin kedengaran.

'Sayang? Dia sayang aku?' Getus hati Adra bersama perasaan yang tak mampu diungkapkan.

"Jangan, tuan!" Adra cuba mengelakkan diri dari disentuh Quzairi.

"Tolong jangan buat abang macam ni, sayang. Abang sedar, abang salah. Abang berdosa pada sayang. Tolong abang, sayang. Tolong maafkan abang. Abang rayu... Abang dah banyak buat dosa pada sayang." Adra tidak tahu mahu mempercayai segala kata Quzairi atau Adra perlu sedar yang Quzairi mungkin hanya mempermainkan dirinya.

"Tuan, tolonglah... Bangun, tuan. Jangan buat macam ni..."

"Abang akan bangun, kalau sayang dapat maafkan abang." Adra kemam bibir. Tak tahu apa yang patut dia katakan. Dalam keadaan yang tidak keruan ni, Adra perlu berfikiran rasional. Adra bimbang, ini semua satu lakonan Megat Quzairi.

"Tuan, tolonglah. Saya rayu... Bangunlah."

"Abang akan bangun kalau sayang betul-betul dapat maafkan abang..." Quzairi masih berusaha mendapatkan kemaafan dari Adra. Adra bungkam. Entah apa yang bermain di fikirkan Quzairi sehingga sanggup berubah sedrastik ini.

"Tuan, saya akan maafkan tuan dengan bersyarat..."

"Sayang cakap je apa syaratnya... Abang janji abang akan ikut semua syarat sayang..."

"Betul? Tuan tak tipu saya?"

"Betul, sayang. Abang akan tunaikan segala syarat sayang." Ujar Quzairi dengan penuh teruja.

"Baik... Untuk syarat pertama, saya nak tuan bangun. Duduk di sini..."

"Be...betul ke ni?"

"Betul... Tuan bangun dan duduk di sini." Ujar Adra sambil menghalakan tangannya ke birai katil. Dengan pantas, Quzairi bangun dan duduk di birai katil sambil mengusap air matanya yang masih bersisa.

"Sayang, abang dah ikut cakap sayang."

"Baik, terima kasih. Dan satu lagi syarat yang perlu tuan tunaikan..."

"Apa dia, sayang? Cakaplah. Abang janji akan tunaikan." Adra menelan air liurnya yang berpasir.

"Saya... Saya nak tuan..."

"Cakap, sayang. Cakaplah."

"Saya nak tuan lepaskan saya."

"What?!" Naik seoktaf suara Quzairi sambil berdiri tegak.

"Apa... Apa yang sayang cakap ni?"

"Saya nak tuan lepaskan saya." Ujar Adra bersama linangan air mata yang sudah ditahan sejak tadi.

"What?!" Naik seoktaf suara Quzairi sambil menegakkan tubuhnya.

"Sayang, please. Jangan bergurau macam ni..."

"Tak, tuan. Saya tak bergurau. Saya cuba nak tuan lepaskan saya dan saya nak cari kebahagiaan saya sendiri."

"Sayang, abang tahu abang banyak dosa dengan sayang. Abang buat salah. Abang dera sayang fizikal dan mental. Tapi, itu semua atas arahan ayahanda dan bonda. Abang tak berniat langsung. Tolong percayakan abang, sayang." Pelupuk mata Quzairi semakin dipenuhi dengan air mata. Adra sedikit terkesan melihat wajah lencun Quzairi untuk kesekian kalinya.

"Saya dah lama maafkan, tuan. Walaupun tuan tidak layan saya sepatutnya sebagai seorang isteri. Saya maafkan, tuan. Saya cuma nakkan kebebasan. Saya janji, saya takkan ceritakan pada sesiapa pun akan hal kita." Rintih Adra sambil meramas-ramas tangannya sendiri.

"Sayang, jangan cakap macam tu..."

"Kesiankan saya, tuan. Saya nak kembali pada daddy saya. Saya rayu untuk lepaskan saya secara baik. Tolonglah, tuan..." Suasana di dalam kamar tidur senyap dan sunyi. Hanya esakan kecil yang kedengaran.

"Baiklah. Tapi, abang ada syarat untuk sayang."

"Syarat?"

"Ya. Ulang tahun perkahwinan kita ada dua minggu lagi dan abang tahu ianya sama dengan ulang tahun kelahiran sayang." Adra telan air liur bila Quzairi ingat akan tarikh pernikahan mereka dan apa yang mengejutkan Adra, bila Quzairi tidak lupa hari lahir Adra.

"Jadi, abang berhasrat nak buat majlis meraikan anniversary kita dan ulang tahun kelahiran sayang yang ke dua puluh dua tahun." Deeja bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Abang tahu, sayang tentu takkan percaya. Tapi, abang dah siapkan segalanya. Abang nak tunggu sayang setuju je. Selebihnya, serahkan pada abang."

"Dan kemudian, tuan akan lepaskan saya?"

"Ya... Seperti yang abang janjikan, abang akan lepaskan sayang pada daddy sayang." Deeja bagaikan tidak percaya dengan apa yang Quzairi katakan.

"Demi Allah. Abang akan tunaikan hajat sayang." Ikrar Quzairi. Adra masih diam tidak terkutik. Cuba menghadam kata-kata Quzairi.

"Abang sayang Adra Antasha. Sayang berehatlah. Sementara takde sesiapa kat rumah ni, sayang berehatlah."

"Tapi..."

"No! Don't mention anything. Sayang, isteri abang. Isteri yang selayaknya dijaga, dilayan dan dihormati sebaiknya. Maafkan abang, sebab terlambat sedar yang depan abang ni, seorang isteri, bukan hamba abdi. Maafkan, abang." Adra terkesima bila dahinya dikucup Quzairi. Kali terakhir Quzairi mengucup dahinya, setahun yang lalu usai mereka berdua dinikahkan.

"Sayang berehat dulu, ya... Abang akan kembali. Jangan buat apa-apa kerja."

"Tuan, betul ke semua ni?"

"Abang, sayang... Abang. I'm your husband and you're not my servant, neither my butler, okay?"

"Terima kasih, tuan." Quzairi kulum senyum sebelum mengusap wajah pucat Adra dan seterusnya Quzairi melangkah keluar dari kamar tidur Quzairi. Adra melilau mata melihat keadaan sekeliling ruang di dalam kamar tidur yang luas itu. Kamar tidur Quzairi tidak sebesar kamar tidur Adra di istana daddy. Tapi, segalanya lengkap di dalam kamar tidur ini.

Punggung yang duduk di birai katil, sengaja dihenjut bagi merasai keempukan tilam bersaiz king itu. Selama setahun ini, tidak pernah sekalipun Adra melepaskan lelahnya di sini. Tempat Adra di dalam bilik pembantu rumah di tingkat bawah beralaskan tikar mengkuang dan bantal lembik. Mengingatkan semula kenangan yang menyakitkan itu, cukup menyesakkan jiwa seorang Adra Antasha.

Walaupun dilahirkan serba mewah, Adra tidak pernah merungut dengan apa yang diberi Quzairi. Sejak awal perkenalan, Quzairi dan keluarganya telah menunjukkan satu perangai yang tidak semenggah di mata Adra. Tapi, demi daddy, Adra sanggup melakukan apa sahaja asalkan daddy bahagia. Dan disebabkan itu juga, Adra rela dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Bukan mudah menahan rasa hati dengan apa yang diterimanya semenjak hari pertama bergelar isteri kepada lelaki bernama Megat Quzairi Qaleef. Sebaik sahaja majlis perkahwinan mereka selesai, Adra hanya dapat menghabiskan masa sehari sahaja di rumahnya sendiri sebelum berangkat ke rumah mertuanya yang mengambil masa sehingga sejam perjalanan.

"Princess, jaga diri baik-baik. Jangan ikut kepala sendiri je. Kena bertolak ansur dalam perkahwinan ni..." Tegur daddy.

"Ya, daddy. Adra tahu." Adra memeluk erat tubuh daddy sebelum beralih kepada abang-abangnya, Tengku Ameer Affiq, Tengku Ariff Aqmal, Tengku Azrai Aiman dan Tengku Aniq Anaqi. Air mata mengalir membasahi wajah mulus Adra. Keluarga Megat Quzairi mencerlung tajam ke arah Adra.

"Menyampah! Menangis konon... Tunggulah kau sampai kat rumah nanti." Omel salah seorang dari ahli keluarga Megat Quzairi.

"Huh! Dia ingat dia princess, dia boleh duduk melepak macam tu je tanpa buat kerja? Tunggulah. Tahulah aku nak ajar dia nanti..." Omel kakak Megat Quzairi, Putri Qaifah Qasmah. Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka diperhatikan Tengku Ameer Affiq, abang sulung Adra. Sejujurnya, Tengku Ameer membantah keras idea daddy untuk menyatukan Adra dengan Megat Quzairi lantaran Adra masih terlalu muda dan sepatutnya Adra meneruskan pelajarannya.

Flashback #

"Daddy, I don't think this is a good idea, daddy... Princess terlalu muda untuk bergelar seorang isteri, daddy. Sepatutnya, princess sekarang ni menyambung pelajaran bukan berkahwin..."

"Ameer, Ameer kena faham. Apa yang daddy buat ni demi empayar kita, Meer."

"Tapi, kenapa princess yang perlu dijadikan cagaran? She's still young, daddy..."

"Ameer, listen here. Penyatuan dua buah empayar ni demi kebaikan kita semua."

"No! Ini lebih kepada kebaikan daddy. Daddy yang nak sangat nak bekerjasama dengan keluar Megat Qaizer Qayyum. Sedangkan dia dah lama nak tengok empayar kita jatuh!"

"Ameer..."

"Daddy dengar dulu apa yang Ameer nak cakap."

"Fine, cakap sekarang... I'm waiting."

"Dari awal lagi, Ameer tak setuju dengan penyatuan dua keluarga ni. Ameer tak suka dengan keluarga Quzairi tu. Sepatutnya, kita bergabung dengan empayar Tengku Q, bukan keluarga megat."

"Betul apa yang Ameer katakan, daddy. Keluarga Quzairi bukannya baik mana. Banyak desas-desus tentang mereka bertebaran di luar sana." Celah Tengku Ariff Aqmal.

"Kami berempat memang tak setuju dengan idea daddy untuk satukan princess dengan Quzairi." Tengku Azrai Aiman menyampuk. Tengku Amra Aqasha melepaskan keluhan sebelum melabuhkan punggung di sofa empuk.

"Daddy, kasihankan princess. Ameer dapat rasakan yang Quzairi memang tak sesuai dengan princess dan silap haribulan princess sendiri tak bersetuju dengan cadangan daddy ni. Tapi, princess ikut je sebab princess hormat dan sayangkan daddy."

"Ameer, please..."

"Ameer cakap macam ni sebab Ameer tak nak princess jadi mangsa akibat kesilapan ni, daddy."

"Ya, daddy. Apa yang Ameer cakap, betul belaka. Kami sepakat membantah cadangan daddy untuk menyatukan princess dengan Quzairi."

"Okey... Now, listen here. Princess tetap akan daddy satukan dengan Megat Quzairi and this is an order!"

"Daddy...!"

"Abang Ameer, Abang Ariff, Abang Azrai, Abang Aniq... Adra setuju dan Adra hormati keputusan daddy."

"Princess!" Bentak Ameer.

"Please, jangan salah faham dengan Adra. Adra hormati dan hargai keprihatinan abang-abang. Tapi, tolong. Tolong hormati keputusan Adra."

"Princess, please jangan buat keputusan terburu-buru. Quzairi bukan lelaki yang baik dan begitu juga family dia..."

"Enough, Abang Ariff! Adra dah buat keputusan."

"Tapi, macamana dengan kebahagian princess sendiri? You have you're own dreams, right?" Adra tersenyum kelat.

"It's okay... Demi kebahagiaan daddy, Adra sanggup korbankan apa sahaja, asalkan daddy bahagia." Ujar Adra sebelum berlalu pergi. Tubir mata daddy semakin dipenuhi dengan air mata. Tak disangka, anak bongsunya sanggup korbankan cita-cita dan kebahagiaan diri sendiri demi dirinya. Tengku Amra tak mampu membatalkan perjanjian itu lantaran terlepas kata.

Alasan yang diberikan Megat Qaizer sedikit sebanyak melegakan hatinya. Apatah lagi Megat Qaizer bukan kaleng-kaleng kedudukannya. Siapa yang tak kenal taiko besar yang memegang hampir lima puluh peratus saham dalam empayar elit mereka. Walaupun ramai yang tahu akan kekejaman yang dilakukan Megat Qaizer, tetapi demi kedudukan, Tengku Amra sanggup bekerjasama dengan sekutunya sendiri demi sebuah perjanjian.

"Puas hati daddy sekarang? Daddy korbankan satu-satunya anak perempuan daddy demi perjanjian bodoh!" Tengku Ameer berlalu pergi meninggalkan yang lalu.

"Tapi, ingat satu perkara, daddy. Jika satu kesan calar ada di tubuh Adra, I swear... You will regret. Dan Ameer akan pastikan si pelaku takkan dapat melihat sinaran matahari lagi!" Sempat Tengku Ameer meninggalkan pesanan keramatnya sebelum melangkah pergi. Tengku Ariff, Tengku Azrai dan Tengku Aniq, turut membontoti abang sulung mereka meninggalkan daddy sendiri di situ.

"What I have done?" Rintih Tengku Amra Aqasha, penuh kesal. Terlajak perahu boleh diundur. Tapi, kalau terlajak kata, buruk padahnya. Apatah lagi, Tengku Amra sudah berjanji untuk menjodohkan Adra, anak gadis tunggalnya pada Megat Quzairi, anak tunggal lelaki Megat Qaizer demi sebuah empayar yang gah di mata dunia. Wajah diraup penuh kekesalan.

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience