BAB 41: Kristal Menara Jam Loceng

Thriller Series 558

BAB 41: Kristal Menara Jam Loceng.

"HOPP! hohoho! hoo sabun yang di telan oleh lubang sinki dah berjaya saya jolok keluar balik Li! hohoho tolong ampunkan diri Ali sendiri Li kerana terpaksa pulaklah Ali bayar gaji saya macam biasa..noktah"teriak Ghebau dekat sinki warung.

Rupanya sabun yang tersumbat dalam lubang sinki berjaya di tarik keluar dengan menggunakan pelocok.

"Caitt! diamlah baugero punya natang ghebau! apa hang tak nampak ka aku sedang bizi dok telaah peta ni"

"Hoo?ohoho baiklah..tolong ampunkan saya Li..noktah"

Mamu Ali dah duduk sekali semeja dengan tiga orang wartawan itu sambil menatap lembaran peta tinggalan Judiyanto.

"Kehkehkeh..mujuq hampa semua mai jumpa aku taw ka"katanya.

"Huu?uhuhu iya makan minum hari ni Mamu kira bayor free ke haa?huhuu untung..untung..sekian"tersengih-sengah wartawan Yeob.

"Caitt! mana pulak. Aku maksudkan peta lama ni laa. Haa laa..aku orang lama kat pekan ni taw kaa. Nama-nama tempat dalam peta ni semua aku taw la. Kehkehkeh yang paling aku taw sekali tang Desa Sri Rumpai ni"kata Mamu Ali sambil tunjuk ke sebuah lokasi dekat peta.

Tiga orang wartawan itu dah saling berpandangan.

"Ada apa kat Desa Sri Rumpai tu Mamu?"tanya Haziq.

"Haa laa..kehkehkeh situ lah marka lama aku tinggai sama famili dia dulu. La ni Desa Sri Rumpai mana ada lagi. Kerajaan sudah bina bulatan jalanraya Gading taw kaa"

"Wahhh..power la..Mamu tau ke semua nama lama tempat-tempat kat dalam peta ni?"tanya Asywina.

"Kehkeh mistilah taw. Hangpa nak tanya tempat yang mana?'

Mereka pun tunjuklah ke lokasi yang di pangkah oleh Judiyanto di atas peta.

"Caitt!"

Tiber je mamak penang haring tu bercaitt-caitt.

"Huu?uhuhu iya..adakah lokasi pangkah tu adalah kawasan jamban zink penduduk setempat haa?sekian"

"Caitt mana pulak jamban zink"nafi Mamu Ali.

"Habis tu kat mana lokasinya sekarang ni Mamu?"tanya Haziq.

"Haa laa..tempat yang buh pangkah ni kat mana lagi kalau bukan kawasan tempat manusia hijau dok mai ramai-ramai bikin haru kat pekan la"

Terkejut tiga orang wartawan tu.

"Caitt! sikit punya susah mau ingat nama baru lokasi pangkah ni taw kaa.  Zon projek bungkuih kaa zon projek watermelon ka.."agak mamak penang tu.

Haziq dan Asywina dah nak terlepas ketawa.

"Huu?uhuhu...ke Zon Projek Highlands Mamu haa?sekian"wartawan Yeob pulak yang betulkan.

"Haa laa..itu lah nama dia! nasib baik Meon buleh ingat..kehkehkeh"

Maka terjawablah sudah di mana destinasi terakhir yang di tuju oleh Judiyanto.


_____________

HUJUNG minggu pun tiba. Macam biasalah isu keluaran terbaru akhbar tabloid BONGKAR kembali menjengah ke pasaran. Pendedahan yang di buat oleh wartawan Harun Nasharuddin berkaitan salah seorang subjek inkubasi iaitu  penulis novel di kenali sebagai Mariah Hanif sekali lagi mendapat sambutan galak dari pembaca.

Melalui artikel jurnal utama muka hadapan tulisan Harun berjudul 'Membongkar Klu dan Rahsia Yang Ditinggalkan Dalam Novel Terakhir Mariah Hanif',pembaca akhbar tabloid BONGKAR berasa sangat tidak menyangka penyiasatan yang di buat oleh wartawan Harun boleh pergi sejauh itu.

Gara-gara artikel itu juga,naskah karya novel terakhir Mariah Hanif kembali menjadi buruan ramai. Sebahagian pembaca mengakui mereka adalah pembaca novel penulis terbabit. Dan sungguh tidak diduga rupanya novelis yang hilang sejak bertahun-tahun lama itu pernah melalui zaman kanak-kanaknya sewaktu tinggal di apartmen Hunted Hills bersama familinya.

                        *****

"Wow! rating jualan keluaran isu terbaru BONGKAR meletup-letup lagi macam biasa"kata Puan Husna ketika bersembang dengan wartawan Yana Maya.

"Kan..sebab tu kita akan fokus pada pembongkaran misteri subjek inkubasi satu persatu. Pembaca BONGKAR pun dah tak sabar-sabar"balas Yana.

"Eh you punya subjek tu macam mana Yana?"

"Ouhh..dari minggu lepas sampai sekarang i tak sempat nak buat tugasan luar berkaitan subjek inkubasi tu sebab Ghani nak i handle segmen baru dalam BONGKAR dalam seminggu dua ni. So kita harap pada hasil kerja Yeob,Asywina dan Haziq je lah dulu kot"balas Yana.


_______________

HARUN tiba di hadapan sebuah sekolah tadika jenis kebangsaan. Tadika Sri Permata telah wujud lebih dari tiga ke empat dekad yang lalu. Penulis Mariah Hanif ada bercerita tentang Ena,seorang murid tadika yang melihat cahaya misteri muncul dekat loteng menara jam tadika Sri Permata.

Watak kanak-kanak yang di beri nama Ena oleh penulis Mariah Hanif itu di percayai oleh Harun adalah diri penulis novel Kabut Hitam itu sendiri. Harun yakin Mariah sebenarnya cuba mendedahkan tentang suatu perkara aneh dekat loteng menara jam sekolah tadika terbabit.

Dugaan Harun ternyata benar setelah dia memeriksa biodata penulis Mariah Hanif. Penulis berkenaan sememangnya pernah bersekolah di tadika kebangsaan Sri Permata.

Harun pun melompat turun dari pacuan empat roda yang di pandunya. Wartawan itu membuang pandangan ke dalam kawasan tadika Sri Permata yang sudah agak berusia itu.

Ia masih lagi beroperasi sampai ke hari ini. Kanak-kanak tadika di lihat sedang riang bermain di padang. Harun mendongak pula ke puncak loteng menara jam Sri Permata.

Mariah Hanif melalui novel Kabut Hitam menceritakan bagaimana Ena si kanak-kanak yang lincah itu berhasil memanjat hingga ke puncak loteng menara jam. Dia menemui sebentuk kristal bercahaya terang telah di sembunyikan di situ.

Gadis kecil itu menyentuh kristal tersebut sebelum dirinya di resapi oleh cahayanya. Ena kemudiannya bermimpi di datangi seseorang yang memberitahu kepadanya agar tidak membuka mulut tentang keberadaan kristal terbabit di menara loteng jam Sri Purnama.

Gara-gara sentuhan kristal itu lah Ena tidak terkesan sewaktu fenomena black Fog melanda para penghuni apartmen Hunted Hills.

Setelah memperkenalkan dirinya dan memberitahu akan hajat kedatangannya untuk mendaki ke puncak menara jam loteng terbabit,pihak sekolah tadika Sri Permata pada mulanya agak terkejut. Namun dek kerana wartawan Harun Nasharuddin agak di kenali serta ada kemungkinan artikel yang bakal di tulis beliau tentang menara jam loteng itu mungkin akan mempopularkan kembali nama tadika Sri Purnama,jadi pihak sekolah bersetuju memberi izin kepada Harun untuk memanjat menara tersebut.

Bukan mudah untuk naik ke menara tersebut kerana pintu masuk untuk mendaki tangga di dalamnya telah berpuluh tahun lamanya di kunci dengan rantai mangga dan malah kunci nya pembukanya juga telah hilang entah di mana.

Jadi Harun memberanikan dirinya memanjat dari dinding luar menara jam loteng itu sahaja. Mujurlah menara setinggi pokok kelapa itu ada memiliki banyak bahagian untuk berpaut dan berjejak.

Akhirnya Harun berjaya juga tiba di puncak dan masuk ke loteng menara jam sekolah tadika Sri Purnama.

Sekilas pandang tiada apa pun yang di temui di atas sana. Akan tetapi setelah Harun periksa dengan teliti di dalam loceng besar itu,sebentuk kristal sebesar penumbuk berjaya di temui.

"Kan aku dah agak..penulis Mariah Hanif memang cuba memberitahu akan keberadaan kristal ni tersorok kat sini sejak bertahun lama lagi"

Di atas izin pihak sekolah tadika Sri Purnama,wartawan Harun pun membawa pulang kristal terbabit.

Maka riuhlah di pejabat syarikat penerbitan. Semua staf dan wartawan berkumpul untuk melihat kristal yang berjaya di temui oleh Harun.

''Uish! kriptonite ke ni?"kata Haziq.

"Ahahaha..apalah kau ni Ziq. Banyak sangat terpengaruh tengok Superman ke?''kata wartawan lain.

"Tapi apa fungsinya bang Harun?"tanya Akim.

"Semuanya ada di dedahkan oleh punulis Mariah Hanif melalui novel fiksi misteri Kabus Hitam. Melalui watak Ena,gadis kecil tu telah di resap cahaya kristal dan kemudian bermimpi di datangi oleh seseorang. Dalam satu babak sewaktu ahli keluarga Ena pengsan agak lama selepas berlakunya fenomena black fog,dia tertidur dan melihat cahaya kristal telah menghalang kabus hitam dari menyentuhnya''ujar Harun.

Para staf dan wartawan yang berkerumun itu begitu fokus pada petikkan jalan cerita dari novel Kabus Hitam yang di sampaikan oleh wartawan lelaki senior terbabit.


______________

LEWAT malam tu Harun terjaga dari tidurnya. Dia pun bingkas bangun dari sofa ruang tamu dan menutup televisyen yang sudah lama tamat bersiaran. Jam sekitar satu setengah pagi.

Harun terlupa menutup sliding door bila lihat langsir terbuai di tiup angin dari luar.

Ketika baru hendak menutup sliding door,Harun terkejut apabila menyedari ada kelibat seseorang sedang berdiri di luar pagar. Lantas dia pun teriaklah kuat-kuat.

"Hoi! nak pecah masuk rumah orang ke?!"

Sebatang kayu besbol Harun genggam di tangan. Tiba-tiba ada suara muncul di dalam mindanya.

''Pulangkan semula kristal tu''

Harun tersenyum.

Tahulah dia orang misteri yang datang rupanya.

"Kalau aku enggan bagaimana?"soal Harun.

"Kau akan terima padahnya Harun Nasharuddin!"

Suara orang misteri bergaung di dalam ruangan minda Harun sebelum kelibatnya hilang entah ke mana.

BAB 41:Kristal Menara Jam Loteng.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience