Bab 84

Romance Series 39746

"Mestilah nak, tapi kita tak pergi berbulan madu lagi. Sayang ingatkan, setahun ni sayang nak luangkan masa dengan biy je. Next year baru plan nak pregnant"

"Ouhh, next year. Tapi kalau pregnant this year macam mana?"

"Macam tu lah, dah rezeki kan? sayang accept je lah"

"Jomm" kata talhah lalu mengangkat tania dan meletakkan diatas meja

"Biy, i nak masaklah. Janganlah kacau"

"But i nak makan you"

"Nanti-nantilah. Ke you nak makanan you tu hangus?"

"Okaylah, okaylah" talhah menurunkan semula tania lalu tania menyambungkan semula memasak

Sambil tania memasak, sambil talhah mencium bahu dan leher tania berkali-berkali serta tangannya merayap di dalam baju tania

"Ishh biy, i nak masak ni. Nanti-nantilah, you pergi duduk nanti dah siap i hidangkan"

"Aloooooo, okaylah"

Tania terus menyambungkan masaknya sehingga selesai dan menghidangkan kepada suaminya

"Wowwww dah siap, sayang masak nasi goreng kampunglah. Mesti sedapkan sayang masak?"

"Mestilah, ni dah kali ke-3 sayang masak kott"

"Eh sayang, biy lupalah. How about kita keluar pergi shopping nak nanti?"

"Shopping buat apa?"

"Saje jalan-jalan makan angin"

"Ouhh, boleh-boleh tapi biy belanja boleh?"

"Iye boleh je, tak ada masalah. Nanti lepas makan i siap-siap"

"Okay sayang"

Mereka pun makanlah, setelah siap. Tania terus naik ke bilik untuk bersiap-siap. Setelah hampir 15 minit, tania siap dan turun ke bawah lalu menghampiri suaminya

"Biy, i dah siap. Jomm"

"Okay, jomm"

Setelah tiba di mall, tania terus keluar dari kereta dan menuju ke dalam mall. Tania menarik talhah menuju ke kedai beg tangan

"Biy which one cantik?"

"Dua-dua cantik"

"Betul lah biy, ke nak ambik dua-dua?"

"Ikutlah, biy okay je"

Tania pun memilih ikut naluri hatinya, dia memilih yang bewarna royal blue

"Biy, sayang nak yang ni"

"Ambiklah, biy bayar"

"Okay" tania pun mengambil beg tangan dior original dibawa ke kaunter

"Tu jeke yang sayang nak beli? perfume ke? kasut dior tak nak?"

"Nak, kejap sayang pergi tengok. Jomm biy" ditarik lengan suaminya pergi ke tempat kasut dan minyak wangi. Tania memilih apa yang diingini dan dibawa ke kaunter lalu menyuruh suaminya bayar

"Biy bayar"

"Iye" talhah pun menghulur black kadnya lalu membayar dan juruwang itu bertanya

"Encik ni baru kahwin ke?"

"Haah, kenapa ya?"

"Ouhh, tak ada apa-apa. Ini sebagai hadiah kepada pelanggan kami yang baru berkahwin"

"Ouhh, thanks" talhah mengambilnya dan terus keluar mencari isterinya

"Mana pulak pergi bini aku ni?"

Dilihat tania sedang minum air boba dan sambil berborak dengan wani. Dia terus menuju ke arah mereka

"Eh afiq kau pun ada jugak?"

"Mestilah ada, kalau bini aku ada dekat sini. Bahaya kott sorang-sorang macam ni"

"Ouhh, itulah" kata talhah lalu mengambil air isterinya dan minum

"Eh biy, tu sayang punyalah"

"Kongsi tak salahkan, sharing is caring"

"Korang buat apa dekat sini?"

"Shopping" tania menunjukkan beg kertas yang bawanya

"Wowwww dior" jawab afiq, talhah dibelakang tania sudah tunjuk putus lehernya

"Sayang" panggil wani

"Iye?"

"Nak dior jugak" terus bulat mata afiq

"Jomm pergi sana. Eh korang kitaorang pergi sana eh? bye" kata wani dan menarik suaminya

Talhah membuat kepada afiq yang dia akan terputus leher

"Biy nak pergi mana lagi?"

"Kita pergi tengok wayang pulak"

"Okay"

Mereka menuju ke tempat tengok wayang, semasa membeli popcorn tania ternampak seperti orang yang dikenali. Tetapi itu seperti abangnya sendiri

"Biy biy" panggil tania kepada suaminya sambil menyiku lengan tetapi matanya memandang ke arah pasangan dihadapannya

"Iye sayang? ada apa? nak kiss ke?"

"Eh biy ni, tak ada maknanya nak kiss dekat tempat umum macam ni. Biy tengok tu" kata tania sambil menunjuk menggunakan mulutnya

"Eh tu bukan ke abang hud kan?"

"Itulah, yang sayang cakapkan tadi. Tapi sape perempuan tu?"

"Haah, cantik"

Tania menjeling suaminya itu lalu beredar

"Kannn sayangkan, cantikkan?" kata talhah sendirian sambil menyiku tetapi dilihat isterinya sudah hilang

"Aikk, mana pergi bini aku ni? tadi ada. Magik dah?" talhah cepat-cepat masuk menuju ke arah isterinya tadi

"Sayang pergi mana?"

"Biy nak puji perempuan tu lebih-lebih apasal? sayang tak cantik ke? ke tak cukup cantik? atau memang tak cantik?"

"Eh sayang, biy gurau je lah. Sayang kan isteri biy. Mestilah sayang yang paling cantik dimata biy"

"Iye la tu, tadi duk puji perempuan lain" kata tania sambil matanya menjeling ke atas

"Eh kejap-kejap, ke tu bakal kakak ipar sayang?" teka talhah

"Iye ke? tapi tak kan lah abang jenis yang macam tu?"

"Maybe baru nak kenal hati budi masing-masing ke?"

"Hemmm maybe"

"Takpe, kalau ada good news mestilah abang bagitahu kann. So don't worry la sayang, jangan fikirkan sangat. Relax je, okay?"

"Hemmm ye lah, jomm la tengok wayang. Tengok cerita hantu orang cakap hantu tu handsome" kata tania riang

"Ada ke hantu handsome?"

"Ada vampire mat salleh, handsome sangat-sangat. Cerita twilight tu, fuhhhh handsome sangat-sangat edward cullen" kata tania sambil senyum-senyum

Muka talhah sudah masam mencuka, panas pulak hati dia bila isterinya memuji ada lelaki lain yang lebih kacak daripadanya

"Iye iye dah-dah sayang. Cerita dah nak mula"

"Okay"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience