Bab 69

Romance Series 39746

"You kalau tak usik i, tak sah kan?"

"Yup"

Mereka pun menuju ke Kampung Pengantin Kuala Lumpur (La Hacienda) dewan pernikahan wani dan afiq. Mereka tiba awal sedikit daripada tetamu yang lain. Setibanya mereka sampai, Wani dan Afiq sudah menunggu di dalam kereta masing-masing. Tania menuju ke arah kereta wani, manakala talhah menuju ke arah kereta afiq

"Hi babe, kau okay tak?"

"Aku okay, tapi aku gementarlah. Takut dohh"

"Takut apa nye? kau nak kahwin bukannya kau buat dosa. Allah suka apa yang kau buat ni"

"Tahu, tapi lepas kahwin nanti aku mengandung. Lepastu aku ada anak dan akan beranak-pinak"

"Lahh, itu yang kau fikir. Biasalah dah kau kahwin kann? tak kan tak nak anak and setahu aku pun. Si afiq tu suka budak kann? entah-entah nanti setahun sorang"

"Eh kau, jangan nak melebih eh? memanglah si Afiq tu suka budak. Tapi takdenya dia nak minta setahun sorang. Dia busy, aku pun busy jugak"

"Tahu, dah kau cari lawyer jugak"

"Dah jodoh nak buat macam mana?"

"Hem ye lah, ye lah. Eh wehh aku nak story sikit ni"

"Apasal?"

"Kau percaya tak kalau aku cakap yang si mamat perfect tu lamar aku?"

"Wehh!!! seriouslah? bila?"

"2 hari lepas, masa tu dia nak selesaikan masalah dia sekeluarga yang aku cerita tu lah. Lepastu dia lamar aku"

"Kau accept?"

"Tak"

"Wehh!! seriouslah?? kau tolak dia macam tu je?"

"Haah, sebab......."

"Sebab apa?? sebab dia tak confesskan perasaan dia dekat kau ke?"

"Dia confess tapi aku tak berani nak accept, sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku takutlah wehh. Aku dah serik"

"Aku faham, tapi aku rasa dia pun sesuailah untuk kau. Dan dia betul-betul suka dekat kau, aku tak rasa dia main-main"

"Tapi kalau dia main-main macam mana?"

"Aku rasa tak, kalau dia main-main dia akan buat macam ariana tu. Alasan macam-macam dia bagi sebab tak nak jumpa"

"Itulah, tapi entahlah. Kau dah buat solat ikhtikarah tak?"

"Aku buat, dan aku dah tanya mak ayah aku. Dorang suka aku dengan talhah"

"Jawapan solat ikhtikarah kau?"

"Talhah jugak"

"Okay so? accept je lah, rugi ahh kau. Kalau aku lah, aku accept je. Dia lelaki perfect kott, rugi gila kalau kau tolak. Nasib baik ahh aku dah nak kahwin, kalau tak aku sapu je si talhah tu. Tapi sayang dia tak pandang aku pun"

"Sebab si Afiq tu kawan dia, sebab tu dia tak pandang kau. Afiq dah rembat kau"

"Hahahahahaha ye lah, tapi betul wehh aku cakap. Kau accept lah dia, dia baguslah aku tengok. Kau dengan dia pun rapatkan semenjak dia selamatkan kau haritu kan?"

"Haah, rapat banyaklah jugak. Kitaorang selalu keluar berdua"

"Haaaaa on je lah" Tania hanya tersenyum sahaja

"Weh handsomenye la kawan aku sorang ni" puji talhah kepada afiq

"Kau pun, tak payahlah puji sampai macam tu. Dah macam perempuan yang puji"

"Kalau wani dengar habislah kau"

"Ishh kau ni, diam-diam sudahlah"

"Hahahahahahahaha, wehh sejuk gila tangan kau"

"Aku gementar dohh, aku takutlah aku gagal lafazkan akad nikah tu"

"Lahh kau ni, kau lafazkan tu. Wali yang lafaz dulu, lepastu baru kau sambung. InsyaAllah tak ada apa-apalah. Kau doalah baik-baik semoga berjalan lancar"

"InsyaAllah terima kasih lah wehh"

"Sama-sama" muka talhah kembali monyok

"Apasal kau ni, tetiba je monyok?"

"Takde pape lah, hati aku sedih"

"Eh apasal? cinta kene tolak ke?"

Talhah pun menganggukkan kepalanya berkali-kali

"Seriouslah? sape yang tolak?"

"Tania"

"Tania? kawan Wani tu?"

"Iye lah sape lagi"

"Ouhh, apasal dia reject?"

"Dia cakap dia tak percaya yang aku cintakan dia, dia pun pernah putus dengan bf dia. Dia tak nak terluka buat kali ke-2"

"Ouhh, so dia reject kau sebab dia takut kau mainkan perasaan dia?"

"Lebih kurang macam tu la wehh. Aku nak buat macam mana eh?"

"Better kau jujur dengan dia pasal perasaan kau"

"Aku dah bagitahu semua sampai aku bersumpah demi Allah tapi still tak jalan jugak"

"Emmmm, apa kata kalau kau cuba buat macam ni" Afiq pun membisikkan sesuatu kepada talhah sambil mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali

"Jadi ke weh?"

"Cuba je lah, kott dia terima"

"Kalau dia tak terima? malu aku depan orang ramai nanti"

"Kan aku cakap cuba je lah, nanti aku dengan wani akan suruh dia terima kau. Tapi seadanyalah bukan paksaan"

"Ouhh, insyaAllah aku cuba"

"Aku tak nak kau insyaAllah cuba je. Aku nak kau buat sebelum terlambat dia kena kebas baru padan muka"

"Aku tahu, kau doakan eh semoga dia tak tolak dah. Kalau dia tolak jugak, takpelah aku jadi anak teruna tualah a.k.a Antetua"

"Aamin, semoga talhah dan tania ini disatukan ya Allah. Aamin"

"Semoga berkatlah doa pengantin kita harini"

"Hahahahahahahahaha beres-beres. Eh wehh lagi 30 minit majlis nak mula, jomm la masuk"

Talhah membawa dulang bunga yang diisi dengan bunga rose dan tania pun membawa benda yang sama. Mereka berada di depan pengantin untuk menaburkan bunga semasa pengantin berjalan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience